Anak lelaki Sharon (Omri Sharon) jalani hukuman penjara
Utusan Meloya
BAITULMAQDIS 28 Jan. _ Anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, akan mula menjalani hukuman penjara bulan depan setelah Mahkamah Agung hari ini menolak rayuannya.
Omri Sharon dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh bulan oleh sebuah mahkamah di Tel Aviv pada Februari 2006 dan denda 300,000 shekel (RM262,507) selepas didapati bersalah melakukan penipuan dalam kempen bapanya merebut kepimpinan parti Likud pada tahun 1999.
Hukuman yang dijatuhkan ketika itu bagaimanapun ditangguhkan bagi memberi peluang kepadanya menghabiskan masa bersama mendiang yang ketika itu sedang koma akibat diserang strok pada Januari 2006. – AFP
TENGOK.... TENGOK... NI KERJA DIN CIRIT
1 minute ago
0 comments:
Post a Comment