KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 28, 2008

MAHKAMAH Kini Sudah DIPERALAT Polis?


MAHKAMAH Kini Sudah DIPERALAT Polis? Undang-Undang Apa Yang DIPAKAI Untuk Halang/Tangkap PERHIMPUNAN AMAN?
sanggahtoksago

By PROF DR. ABDUL AZIZ BARI (UIAM)

ADA beberapa hal yang perlu dinilai semula bagi mengelakkan kekeliruan dan ketakutan dalam kalangan rakyat ekoran tangkapan polis baru-baru ini.

Laporan Malaysiakini.Com menyatakan bahawa pihak polis, buat kali ketiga, mendapat perintah mahkamah untuk menghalang beberapa tokoh tertentu untuk mengadakan protes.

Yang pertamanya, ialah perintah mahkamah yang didakwa oleh polis itu hanyalah perintah Mahkamah Majistret.

Di sisi undang-undang mahkamah, hatta Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi negara, tidak boleh menggantung isi dan hak yang dijamin Perlembagaan.

Inikan masih lagi Mahkamah Majistret?

Yang kedua, kita tidak pasti undang-undang apa yang dipakai mahkamah berkenaan dalam memberi perintah yang dipohon oleh polis.

Apa pun, perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dan undang-undang lain tidak boleh mengatasinya. Mahkamah tidak boleh mengambil 'precedent' dari England kerana negara itu tidak mempunyai undang-undang bertulis.

Yang ketiga, hanya Parlimen boleh menyekat hak di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Peranan mahkamah ialah mempertahankan hak itu. Bukannya menggantung atau menafikannya. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive