Nazree Mohd Yunus
dipetik: umno-reform
UMNO merupakan institusi politik orang Melayu yang sudah pun membuktikan keberkesanannya dalam memecahkan kemunduran orang Melayu satu persatu. Cuma ada lagi agenda pemecahan kemunduran sama ada yang bersifat ekonomi, minda, politik dan pendidikan yang perlu dipecahkan dan dibangunkan. Sudah seharusnya kenyataan Setiausaha Agung UMNO yang dikeluarkan perlu mewakili institusi dan lebih bersifat global. Dalam keadaan UMNO mahu menjerumuskan diri dalam Pilihan raya Umum yang ke-12, kenyataan seumpama itu adalah tidak dialu-alukan terutamanya di peringkat akar umbi. Biar ahli yang menentukan sama ada mereka semakin percaya ataupun tidak terhadap seseorang pemimpin itu. Bukannya dengan ada tangan atasan yang akan lebih mencorakkan pola politik di Perlis. Namun yang kita sedari adalah kenyataan SU Agung UMNO yang dikeluarkan itu sudah pun menjurus ke arah mengarahkan ke mana acuan politik UMNO Perlis.
Bagi kita selaku generasi muda melihat perkara ini tidak ada ‘substance’ yang kuat untuk menghujahkan bahawa berlakunya kepincangan dalam UMNO Perlis. Bukan taraf Menteri atau Setiausaha Agung UMNO untuk mencatur sebegitu remeh kenyataan terhadap kepimpinan individu dalam UMNO dengan ‘tool’ hujahan yang tidak kukuh. Dengan alasan ada isteri cantik sebagai subjek tambahan untuk lebih terutama menjadi Menteri Besar adalah keterlaluan. Kenyataan seperti ini bukanlah suatu yang amat menarik untuk didengar dengan kapasiti selaku SU Agung UMNO Malaysia (bukannya cawangan). Justeru mungkin bukan Radhi Sheikh Ahmad untuk terus duduk di situ.
Adalah wajar bagi Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad meletakkan jawatan selaku SU Agung UMNO ataupun beliau balik semula Perlis bertanding sebagai ADUN dan melihat sokongan rakyat terhadap beliau sama ada mahukan beliau selaku MB Perlis atau Shahidan ataupun Azmi Khalid. Kalau Chua Soi Lek boleh meletakkan jawatan atas kesilapan yang sudah pun membebankan parti, mengapa tidak Radzi Sheikh Ahmad tidak boleh melakukan perkara yang sama. Jawatan SU Agung parti adalah suatu jawatan yang tinggi dalam institusi. Persoalannya, adakah Radzi Sheikh Ahmad memberikan kenyataan dengan sudah mengambil kira pendirian parti. Sekalipun tidak bersetuju dengan cara kepimpinan Shahidan, beliau perlu wajar bersemuka dengan cara yang lain. Bukan dengan cara memberikan suatu kenyataan terbuka kepada media tentang kedudukan politik UMNO Perlis. Pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang wajar melihat kembali posisinya sebagai pemegang amanah institusi bukannya menyatakan secara membutakan mata dan mentulikan telinga demi kepentingan peribadi. Kenyataan balas UMNO Perlis melalui SU UMNO Perlis, Datuk Che Sulaiman Shapie sudah pun menunjukkan kontradiksi antara SU Agung UMNO Malaysia dan pimpinan UMNO Negeri. Jadi suara siapakah yang dibawa oleh Radzi Sheikh Ahmad? Siapa yang perlu berubah? Posisi MB Perlis atau posisi SU Agung UMNO?
Biarkan pemilihan kepemimpinan UMNO Perlis ditentukan oleh ahlinya. Bukan atas sandaran jawatan tinggi dalam parti memberikan lesen sesuka hati untuk membelakangkan institusi. Kiblat perjuangan UMNO ialah prinsip parti itu sendiri harus ditegakkan dan bukannya kiblat cita-cita individu pimpinan di atas. Ahli yang sebenarnya mempunyai hak yang mutlak dalam memilih sama ada pemimpin itu terus di atas ataupun digantikan dengan yang lain. Sama ada muka baru yang perlu di posisi semula dalam UMNO ataupun yang lama tetapi masih relevan dan lebih cekap memikirkan tentang soal kemaslahatan rakyat dan bukannya soal lebih cekap untuk menilai isteri siapa yang lebih cantik. Justeru, ahli punyai kuasa untuk menentukan arah UMNO Perlis. Arah itu adalah arah yang dapat menjamin kepentingan ahli dan rakyat Perlis. Dan arah itu juga yang akan menentukan survival UMNO Perlis. Jika mahu suara UMNO menjadi pembangkang bagi kiraan masa mendatang. Banyakkan lagi pemimpin seperti Radzi Sheikh Ahmad!
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
1 comments:
Post a Comment