Turunkan Harga Minyak Satu Tindakan Tak Masuk Akal, Kata Najib
MACHANG, 4 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan pembangkang untuk menurunkan harga minyak sekiranya dapat memerintah negara adalah sesuatu yang tidak masuk akal kerana harganya di pasaran dunia telah meningkat kepada US$100 setong.
Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun seluruh dunia terpaksa membeli minyak pada harga yang tinggi tetapi pembangkang pula berhasrat untuk menurunkan harga dan ini tidak rasional. (BELI MUNYAK? .... TIPU)
"Ini cakap-cakap untuk menipu rakyat sedangkan dia tahu dia tidak boleh buat," katanya ketika melancarakan Gerak Kerja Pilihan Raya Pemuda Barisan Nasional Pusat di sini hari ini.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa baru-baru ini berkata pembangkang akan menurunkan harga petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada RM1.98 sekarang sekiranya pembangkang memerintah negara.
Najib berkata bahawa dalam membenarkan harga minyak dinaikkan, kerajaan sentiasa menimbang kebajikan dan keperluan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
"Namun kerajaan masih menanggung RM35 bilion setahun untuk subsidi minyak bagi menjaga kepentingan rakyat dengan niat nak tolong rakyat," katanya. (TOLONG RAKYAT? ... SUBSIDI ATAU BANTUAN ADALAH DARI DUIT RAKYAT ....NAJIB TIPU)
Beliau berkata ada pembangkang mengatakan sepatutnya Malaysia, yang mempunyai sumber petroleum, mampu memperoleh keuntungan yang besar hasil daripada peningkatan harga minyak itu.
Najib menjelaskan bahawa Malaysia mengeluarkan hanya 760,000 tong minyak sehari dan daripada jumlah itu, 600,000 tong digunakan bagi keperluan domestik manakala selebihnya dijual di pasaran luar. (KEPERLUAN DOMESTIK DENGAN HARGA SAMA DENGAN LUAR NEGARA?)
"Kita boleh lihat berapa banyak kita boleh jual di pasaran luar negara. Hakikatnya jumlah tidak banyak.
"Kalau nak dibandingkan dengan Arab Saudi mereka mengeluarkan sebanyak 12 juta tong sehari. Itu tidak termasuk negara-negara Timur Tengah yang lain," katanya.
JANGAN BANYAK TANYA.. TU SYAITON.
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment