pasjelebu.blogspot
Pada 1hb Januari 2008 hari Selasa yang lalu peneroka tanah Kg. Baru Gatco telah bertindak menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kg. Baru Gatco Untuk Menangani dan Menyelesaikan Tuntutan Hak Milik Tanah Penduduk. Saudara Zulkefly Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan juga Tuan Haji Hamran Bin Hj Mohamad Pengerusi JKKK Kg. Gatco yang juga merangkap Ketua UMNO Cawangan Kg. Gatco telah dilantik sebagai Pengerusi Bersama di dalam Jawatankuasa tersebut. Encik Mohd Nordin Bin Ahmad Bakar yang juga Setiausaha UMNO Cawangan Kg. Gatco telah dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak tersebut.
Dalam ucapan beliau Saudara Zulkefly menjelaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia tanpa mengira batasan kaum dan agama. Sebelum daripada Kg. Gatco ini PAS Negeri Sembilan turut terlibat dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat di Negeri Sembilan antaranya dalam isu Pembinaan Insinerator di Broga yang melibatkan tanah milik penduduk kaum Cina di Broga yang mana akhirnya pembinaan Insenarator tersebut telah dibatalkan dan juga kes pemilikan tanah penduduk Kg. Abok di Seremban. Menurut Saudara Zulkefly lagi setelah hampir 30 tahun UMNO mempermainkan penduduk Kg. Gatco dan berjanji untuk menyelesaikan isu penduduk tetapi semua itu adalah janji bohong UMNO kepada penduduk. Masalah pemilikan tanah ladang penduduk Kg. Gatco telah dijadikan Manifesto UMNO/BN Negeri Sembilan dalam 5 pilihanraya di Malaysia tetapi sehingga sekarang tidak juga dapat diselesaikan.|more...|
Jan 4, 2008
PENEROKA GATCO TUBUH JAWATANKUASA BERTINDAK
Labels: GATCO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment