Anak muda serah bantal kepada PM
KeADILan
PUTRAJAYA: Kerana kecewa dengan sikap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, sekumpulan anak muda menghantar memorandum berbentuk bantal kepada Perdana Menteri sebagai simbolik kegagalan dan kelemahanya mentadbir negara.
Kumpulan yang terdiri kira-kira 20 orang anak muda dari berlainan latar belakang yang mengelarkan diri Badan Bertindak Anak Muda berhimpun di Pejabat Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya bagi menunjukan protes kepada sikap Perdana Menteri Tersebut.
Menurut Seketeriat badan berkenaan, Badrul Hisham Shaharin, bermula dengan penyerahan pada hari tersebut, anak muda akan terus bangkit bagi menunjukan kepekaan terhadap isu-isu yang melanda negara.
“Tahun ini dan bermula pada hari ini kami anak muda malaysia berjanji akan bergiat dengan aktif untuk memacu negara dan memikirkan masalah negara,” katanya diluar JPM 4 Januari lalu.
Selain bantal, poster-poster yang menunjukan imej Abdullah Badawi sedang tidur turut dihantar kepada jabatan berkenaan.
Katanya lagi, anak muda terlalu kecewa dan malu dengan sikap Abdullah Badawi yang sering tidur sehinggakan beliau sendiri lemah untuk mentadbir negara.
“Bukan lagi menjadi rahsia, Perdana Menteri tidur dalam pelbagai acara atau konvesyen. Bukan sahaja didalam negara malah diluar negara. Ianya mendapat liputan meluas oleh media,” tambahnya lagi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan.
Badrul menambah, sebagai anak muda jelasnya lagi, terpulang kepada Perdana Menteri tersebut samaada untuk menerima memorandum ini atau tidak, katanya Perdana Menteri boleh terus tidur dengan bantal tersebut jika beliau inginkan.
“Terpulang kepadanya jika dia nak terus tidur, tidurlah dengan bantal yang anak muda serahkan,” katanya.
Selain Badrul Hisham, aktivis hak asasi manusia yang juga penulis bebas Amin Iskandar, Exco Angkatan Muda Ginnie Lim dan juga penggiat seni Rahmat Haron memberi solidariti pada hari tersebut.
Badrul Hisham tidak menyerahkan memorandum berkenaan kepada mana-mana pihak dari JPM, sebaliknya hanya meletakan memorandum berkenaan di hadapan bilik pengawal JPM.
Kira-kira 5 minit selepas itu, seorang kakitangan keselamatan yang tidak berpakaian seragam menghampiri bantal tersebut dan mengacukan satu alat yang dipercayai pengesan bom.
Selepas itu seorang lagi pegawai yang memakai pakaian seragam keselamatan turun dan membawa masuk bantal dan poster berkenaan kedalam bilik pengawal.
0 comments:
Post a Comment