Dr Chua Seharusnya Dedahkan Dalang, Kata Tee Keat
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek seharusnya mendedahkan dalang yang bertanggungjawab memusnahkan karier politiknya, kata Naib Presiden Datuk Ong Tee Kiat.
Ong berkata dengan berbuat demikian, Dr Chua boleh membantu dalam mengenal pasti pihak yang bertindak membuat rakaman DVD yang membawa kepada pengunduran beliau dalam arena politik.
"Saya baca dalam akhbar mengenai dakwaan yang dibuat oleh Dr Chua mengenai musuh politiknya, tapi tidak ada maklumat terperinci. Saya percaya orang ramai, termasuk saya sendiri ingin tahu siapa yang bertanggungjawab dalam kes ini," katanya kepada pemberita di Taman Muda di sini hari ini.
"Tidak adil bagi kita membuat pelbagai andaian berdasarkan kepada apa yang dia (Dr Chua) katakan. Jadi saya amat mengalu-alukan sekiranya beliau sanggup mendedahkan siapa yang berada di sebalik semua ini. Saya ingin dapatkan lebih banyak maklumat mengenai kes ini," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu.
No2umno - Cabaran dari Tee Keat seolah olah mahu memerangkan Chua Soi Lek untuk membuat tuduhan tanpa bukti. Penyiasatan seharusnya dibuat oleh Polis tanpa pengaruh sebarang kuasa politik dan bukan kerja Soi Lek untuk membuat sebarang tuduhan tanpa penyiasatan. Ini jelas menunjukkan bahawa ada pihak yang mahu terus menekan Soi Lek untuk menjauhi wartawan dan akhbar dari memberikan sebarang spekulasi atau gambaran politik MCA. Ada yang sudah bimbang nampaknya.
Jan 4, 2008
VIDEO SEKS: ADA YANG SUDAH TERASA?
Labels: Ong Tee Keat, Video Lucah BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment