Gagal patuhi prosedur
www.utusan.com.my
Oleh: ARSHAD KHAN
KUALA LUMPUR 3 Jan. – Kegagalan mematuhi prosedur penerjunan di laut dikenal pasti sebagai punca tiga anggota Pasukan Atur Cepat terkorban semasa menjalani latihan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2007 Disember lepas.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, siasatan awal juga mendapati tidak ada kecuaian di pihak tentera atau unsur-unsur jenayah yang dikesan dalam kemalangan tersebut.
Beliau berkata, penerjunan dari udara sememangnya berisiko dan ada prosedur keselamatan tertentu yang harus dilakukan oleh individu semasa melakukan penerjunan.
‘‘Dalam kes ini individu berkenaan mungkin tidak mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan, itulah risiko yang perlu dihadapi jika ada prosedur tidak dibuat,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara spesifik apakah bentuk prosedur keselamatan yang gagal dipatuhi kesemua mangsa berkenaan.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 27/2007 di sini hari ini.
Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Ismail Omar. |more...|
Rujukan
Penerjun Lima
Jan 4, 2008
SUDAH DI JANGKA
Labels: Tentera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment