KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 6, 2008

CLOSED AND NOW REOPENED ... OIII !!!


INFO TERBARU…Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan Felda. Turut hadir Pengarah Besar Felda Datuk Ahmad Tarmizi Alias (dua dari kiri)

Today's news
Tempoh Tender Nuri Dilanjut Kerana Permintaan Pembuat, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) "Kita dapat spesifikasi tapi pihak pembuat minta lanjutan sebab ianya amat rumit," katanya kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan pengurusan Felda di sini hari ini.

Najib bagaimanapun tidak menyatakan bilangan syarikat yang sudah mengemukakan tender berkenaan bagi menggantikan Nuri atau nama asalnya Sikorsky buatan Amerika Syarikat untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.

Semalam Panglima Angkatan Tentera Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata tender itu sepatutnya tamat sebulan lepas tetapi dilanjutkan bagi membolehkan lebih banyak syarikat membuat bidaan.

Keputusan menamatkan perkhidmatan Nuri pada 2012 diambil setelah kerajaan menanggung kerugian RM86.7 juta akibat 15 nahas sejak penggunaannya pada tahun 1968 yang membabitkan 70 kematian anggota dan 19 orang awam.

and, Yesterday's News
Tender Helikoper Ganti Nuri Ditutup 12 Februari

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Keputusan tender terbuka antarabangsa helikopter baru bagi menggantikan Nuri akan dibuat secepat mungkin selepas bidaan ditutup pada 12 Februari ini, kata Penglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Beliau berkata tender itu sepatutnya tamat sebulan yang lalu tetapi dilanjutkan bagi membolehkan lebih banyak syarikat membuat bidaan.

"Banyak proses saringan yang harus dilalui tapi InsyaAllah secepat mungkin kita akan putuskan syarikat yang berjaya mendapat tender tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sistem "Balanced Scorecard Roll-Out (BSC) di Markas Angkatan Tentera di sini hari ini.

Selepas tender ditutup, proses penilaian akan dilakukan bagi membolehkan semua syarikat yang membida tender itu membuktikan helikopter mereka memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, kata Abdul Aziz.


No2umnO - Tutup, Buka, Tutup, Buka, Tutup, Buka ....... Apa nih? Play a fool aaahhh. You think like play 'pondok-pondok kaaaa!!!....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive