Masuk asrama ‘sardin’ - Dari tepi sungai, warga Bangladesh berkumpul di rumah kedai
kosmo
KUMPULAN pendatang Bangladesh beratur menaiki bas ke penempatan sementara dalam operasi yang dirakamkan pada 3.30 pagi kelmarin di Jalan Damai.
KUALA LUMPUR – Masalah warga Bangladesh ‘bersidai’ di tepi Sungai Gombak dekat Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Damai di sini akhirnya selesai awal pagi semalam.
Ini kerana lebih 500 pendatang terbabit telah dihantar ke penempatan sementara di Kajang dan Nilai dengan menggunakan 11 buah bas yang dikhaskan untuk mereka.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Md. Yassin berkata, keputusan menghantar pendatang-pendatang tersebut adalah hasil perbincangan bersama pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.
“Atas permintaan pihak pesuruhjaya, kami membantu memudahkan proses penempatan mereka agar tidak lagi mengganggu persekitaran khususnya di bandar raya ini.
“Proses pemindahan mereka bermula dari 12.30 tengah hari hingga 4 pagi (kelmarin), polis telah mula ‘membersihkan’ pendatang-pendatang ini yang makan dan tidur di sekitar Stesen LRT Damai,” kata Sofian.
Seramai 73 orang pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selain 60 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut sama dalam operasi tersebut.
KOSMO! kelmarin melaporkan kawasan Stesen LRT Damai bagai sudah menjadi ‘Mini Dhaka’ ekoran kebanjiran warga Bangladesh yang berkeliaran tanpa arah tujuan di kawasan itu dengan mendakwa mereka ditipu ejen untuk bekerja di negara ini.
BEGINILAH padatnya bilik besar yang dipenuhi kira-kira 100 pendatang Bangladesh di asrama baru mereka di Kajang Perdana semalam.
Menurut Sofian, semua pendatang yang beragama Islam itu mulanya enggan dihantar ke penempatan sementara sehinggakan pihak Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh terpaksa meminta campur tangan.
Sementara itu, tinjauan di asrama pendatang itu semalam mendapati keadaannya sesak bagai tin sardin apabila tiga lot bangunan rumah kedai dikongsi lebih 300 orang.
Hanya dua buah tandas disediakan, memaksa mereka berbaris untuk masuk.
Lebih menyedihkan, kebanyakan mereka terpaksa melelapkan mata hanya beralaskan tikar getah manakala beg dan lengan dijadikan bantal.
Seorang penghuni, Kamal Parvez, 35, memberitahu, rumah yang mereka tinggal kini tidak mampu menampung jumlah yang terlalu ramai.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment