KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 6, 2008

CUKAI TANAH TURUN KAT KEDAH .... ?

Kerajaan Kedah turunkan cukai tanah
mstar

YAN: Kadar cukai tanah untuk pelbagai kategori di Kedah telah diturunkan berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dengan itu, kadar baru bagi tanah pertanian jangka panjang seperti sawah, ladang getah, ladang kelapa sawit dan dusun buah-buahan kini turun RM10 bagi setiap hektar kepada RM35.

"Manakala bagi tanah pertanian jangka masa pendek seperti jagung, tebu dan sayur-sayuran turun daripada RM25 kepada RM23 sehektar," katanya kepada pemberita di majlis kenduri kampung di sini Rabu.

Katanya, cukai baru bagi tanaman padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pula turun daripada RM20 kepada RM17 sehektar dan bagi tanah pertanian di luar kawasan MADA pula, kadar baru ialah RM13 berbanding RM15 sehektar sebelum ini.

Beliau berkata, bagi tanah kampung pula kadar cukai baru ialah sebanyak RM30 sehektar berbanding RM60 sebelum ini.

Mahdzir berkata, sesiapa yang telah membayar cukai tanah sebelum penguatkuasaan kadar baru ini boleh mendapat rebet pada tahun depan.

No2umnO - Bila nak pilihanraya baru sibuk cerita pasal tolong rakyat. Sebelum ni buat derk jer.....Hehe UMNO dan BN dah gabra dengan negara kebajikan. Tak dapat nak bantu, dapat kurangkan cukai tanah pun ok. Esok apa pulak?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive