KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 6, 2008

NASIB BAIK AKU BUKAN ARTIS

EGM Karyawan kecoh! Freddie bawa penyokong masuk meeting.

mstar


"Dia sudah bohong dan perangkap kami dengan membawa penyokongnya di sini.

"Saya tak kisah kerana kami masih ada ramai penyokong diluar sana dan yang pasti Allah akan menolong kami.

"Saya hairan kenapa ketika EGM itu berlangsung, penyokong Freddie tidak bersuara seolah-olah Freddie sahaja yang berkuasa tetapi mereka 'bercakap belakang'.

"Tak mengapa, kalau kami tak berjaya di dunia mungkin kami akan berjaya di akhirat kelak.

"Kalau sudah caranya macam tu, kami tidak akan tarik balik laporan polis tersebut.

"Jika beliau nak saman, silakan kerana kami tiada kepentingan langsung dalam Karyawan lagi," balas Pak Aziz yang merupakan bekas Biro Artis Veteran Karyawan.

Sementara Betty yang juga bekas Biro Ekonomi Karyawan turut menambah, "Biarlah laporan tersebut diteruskan kerana jika beliau tak bersalah buat apa takut dan menggelabah.

"Kalau disoal siasat sekalipun, itu perkara normal. Lagipun laporan tersebut dibuat ke atas pengarah projek dan Ketua Biro DJ Azmi Mohd. Nor.

"Laporan ini juga dibuat untuk memberi pengajaran kepada persatuan lain. Sama seperti Pak Aziz, saya tak takut disaman kerana kami bukan lagi ahli Karyawan."

Kes itu timbul apabila Pak Aziz mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam persatuan itu sejak setahun lalu dan beliau sendiri dengan sukarelanya meletak jawatan pada 2 Januari lalu.

Selain menjadi kes polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR) turut memanggil Pak Aziz dan pengikutnya yang dianggap sebagai anak sendiri itu untuk menyiasat kes yang melibatkan dana dan kewangan Karyawan pada 22 Januari lalu di Ibu Pejabat BPR, Putrajaya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive