Operasi tahan pendatang seluruh negara
TELUK INTAN: Jabatan Imigresen melancarkan gerakan besar-besaran menahan pendatang tanpa izin yang menjalankan perniagaan secara haram di semua pusat tumpuan perniagaan, termasuk kompleks beli belah, pasar raya, pasar malam dan medan selera.
Ketua Pengarah Penguat kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohammad, berkata semua anggota penguat kuasa di semua negeri sudah diarah mengekang kegiatan berkenaan terutama membabitkan pendatang tanpa izin yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
"Kita juga akan menyerbu kedai tomyam di seluruh negara kerana ramai peniaga tomyam menggaji pekerja asing yang tiada permit dan tiada dokumen perjalanan sah.
"Saya juga memberi amaran kepada pemilik tapak niaga yang menyewakannya supaya memastikan peniaga memiliki permit sah untuk pekerjanya," katanya.
Beliau berkata, penguatkuasaan yang bermula 1 Februari lalu sekitar Lembah Klang menampakkan hasil apabila sehingga semalam seramai 1,084 warga asing yang berniaga secara haram dan tidak memiliki dokumen ditahan termasuk 19 rakyat tempatan yang menggaji dan melindungi mereka.
“Statistik menunjukkan Lembah Klang mempunyai paling ramai warga asing berniaga secara haram dan tidak memiliki dokumen sah iaitu 500 orang, diikuti Selangor 232 orang.
"Di Kuala Lumpur saja kita menahan 203 orang, manakala masing-masing 155 dan 137 di Pulau Pinang dan Johor," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Depoh Imigresen Langkap daripada Jabatan Penjara, dekat sini semalam.
Ishak berkata, daripada 1,084 yang ditahan, warga Indonesia paling ramai diikuti Bangladesh, Myanmar, Nepal, Thailand dan India.
"Rakyat tempatan yang mendalangi kegiatan ini turut tidak terlepas daripada tindakan penguatkuasaan dan kita mengesan seorang daripada mereka adalah pemilik pusat beli-belah terkemuka di Damansara Utama di Lembah Klang,” katanya.
Beliau berkata, pemilik pusat beli-belah berkenaan dikenakan denda RM90,000 kerana kesalahan itu.
Katanya, walaupun syarikat lain menyediakan khidmat pengawal keselamatan, tetapi sebagai pemilik bangunan, pemilik sepatutnya bertanggungjawab mengenai perkara itu.
Sementara itu, Ishak berkata, jumlah pendatang tanpa izin di negara ini kini mencecah sejuta orang.
"Kita juga akan membuat serbuan di kedai tom yam di seluruh negara di mana ramai peniaga tom yam ini didapati mengaji pekerja asing yang tiada permit dan juga tiada dokumen perjalanan yang sah.
"Saya juga memberi amaran kepada pemilik tapak niaga yang menyewakannya supaya memastikan peniaga ini memiliki permit yang sah untuk pekerjanya," katanya.
No2umnO - Tak pernah la pegang taik babi, tapi tengok macam panas je. Lama lama bila dibiarkan, dia jadi sejuk...Ehhhhh geli geliman aku. Tapi isu pendatang ni telah menjadikan negara kita tidak selamat. Menyumbang kepada peningkatan jenayah di malaysia. Bila rakyat dah tak selamat, kita pun hilang percaya pada kerajaan. Untuk kembalikan kepercayaan, maka sibuk lah kerajaan kononnya membuat tangkapan. Lepas tangkap nak buat apa? Heeee....masa tu pening. Di tahan kena belanja, hantar pun kena belanja. Kalau jadi pengundi untuk PRU12 mau tak?
Maklumlah tangkapan sekadar menyejukkan hati rakyat agar terus undi BN dan UMNO...... Weyyyyy ini style lama la. Masa wak kecik dulu pun dah buat cam ni. Sampai sekarang tak settle lagi. Kalau dulu la betul betul buat, pasti Khir Toyo pun tak jadi Menteri tau....mungkin dah kena tangkap atau dihalau balik kampung. Alamak...aku pun mungkin satu kapal dengan dia.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment