Pak Tam Mat
harakahdaily
Saudara Pengarang,
Laporan berita Bernama memilih tajuk "Rakyat Malaysia Kini Lebih Bebas Bersuara - Musa Hitam", begitu juga dengan siaran Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi.
Rakyat tentu faham bahawa rakan karib, atau istilah lebih tepat, mentor Abdullah Badawi itu mahu menyanggah kritikan yang dihamburkan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri baru-baru ini.
Dr Mahathir semasa membayangkan ada persefahaman antaranya dengan Abdullah bahawa tempoh perkhidmatan Dollah sebagai PM hanya satu penggal sahaja, turut menyelar suasana dalam Umno yang cukup tidak demokratik, yang tak membenarkan sebarang kritikan daripada dalam. Segalanya mesti angguk, tak boleh bantah, apatah lagi untuk protes.
Musa Hitam selaku musuh tradisi Mahathir menggunakan apa jua peluang untuk membela anak didiknya, Abdullah, sambil mengecam Mahathir walaupun secara asasnya Pak Lah sudah tidak menerima pakai nasihat Musa kerana terlalu percaya kepada menantunya, Khairy Jamaluddin.
Saya tak pasti apa kayu ukur Musa untuk mendakwa suasana kebebasan bersuara negara kita adalah lebih berbanding dengan era Mahathir dahulu?
Musa pasti ingat bagaimana beliau bersama Tengku Razaleigh boleh membentuk Team B dan kemudiannya melancarkan kempen ke seluruh negara bagi mencabar Mahathir dan team A dalam pemilihan parti, April 1987.
Apakah Musa dapat membayangkan jika ada kumpulan atau individu dalam Umno sekarang yang mahu berkempen untuk mengkritik atau menegur Presiden Umno, Abdullah Hadhari itu?
Yang pasti, individu itu tentu tidak sempat untuk membentuk sebarang team atau kumpulan kerana ia akan dicantas lebih awal lagi. Lihat saja percubaan Tengku Razaleigh untuk mencabat Abdullah dalam pemilihan Umno yang lalu.
Kasihan tengok Ku Li yang bukan saja gagal mendapat pencalonan yang cukup untuk membolehkan beliau bertanding, malah untuk mendapat satu undi sokongan di luar Gua Musang pun tak terdaya.
Begitu juga akhbar atau media yang cuba memberikan ruang kepada suara-suara kedua yang tidak direstui oleh Perdana Menteri itu. Akhbar pembangkang seperti Harakah terus disekat, manakala Suara Keadilan masih tidak diberikan permit penerbitan sampai hari ini.
Sedangkan suara kritikan yang dimuatkan dalam internet sememangnya tidak boleh dihalang, dan bukannya kerana sikap keterbukaan Dollah.
Jika kerajaan melakukan sekatan terhadap laman-laman web atau blog pastinya dunia akan mengecam Malaysia dan ini menganggu pelaburan asing untuk masuk dalam negara kita.
Tempoh pilihan raya perlu dipanjangkan
Jika Abdullah benar-benar terbuka dan bersedia menerima kritikan, beliau harus membuktikan, pertama, tempoh kempen pilihan raya ke-12 dipanjangkan, sekurang-kurangnya sebulan, dan bukannya hanya lapan hari seperti mana tahun 2004.
Kedua, semua media utama, terutama akhbar harian dan siaran berita TV harus memberi ruang seadilnya kepada semua parti-parti yang bertanding, tidak kira siapa, BN ataupun PAS, KeADILan ataupun DAP.
Cukup dulu, sila lihat pandangan Musa yang memuji anak didiknya, Dollah sambil mengambil kesempatan mengecam Mahathir.
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Kepimpinan yang lebih bersedia memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bersuara dan menzahirkan pendapat -- ini kesimpulan yang dibuat bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mengenai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.No2umno - Orang BN dan UMNO, macam kembar perangai seiras. Bila ada jawatan, semua macam POYO je. Orang suruh kehulu semua pegi ke hulu. Bila orang suruh ke Hilir, semua gi kehilir. Bila dah tak der jawatan, baru lah hebat bercerita. Budaya tak sihat ni sudah menjadi VIRUS yang menyerang UMNO dan BN. Orang jawa kata "VIRUS ANGGUK".
Musa berkata rakyat Malaysia kini lebih bebas bersuara dan menyatakan pendapat, berbanding pada era kepimpinan perdana menteri sebelum Abdullah.
Selain itu, kata beliau, media juga kini boleh mendedahkan kesilapan dan kelemahan kerajaan dalam laporan mereka.
"Ini termasuk yang disiarkan oleh Utusan (Melayu (M) Bhd), yang memang terkenal sebagai akhbar pro-kerajaan. Walaupun pendapat Utusan mungkin masih memihak kepada kerajaan, tapi ia (laporan) tetap merupakan suatu pendedahan.
"Kebebasan yang diberi oleh kerajaan dinikmati oleh kebanyakan kita, kelas menengah. Malah, kini kita boleh mengadakan demonstrasi tanpa permit... (dan) rakyat pun tidak begitu takut sangat.
"Keadaan ini tidak wujud dalam tempoh kepimpinan kawan baik saya dulu," kata Musa dalam nada bergurau semasa berucap pada Forum Wawasan Pembangunan sempena sambutan Hari Alumni Universiti Malaya 2008 di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun pihak berkuasa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka yang mengadakan perhimpunan haram, tetapi taktik ini juga digunakan oleh negara maju lain bagi menghadapi mereka yang mengadakan demonstrasi secara haram.
Mengenai penulisan melalui laman blog oleh mereka yang menentang atau tidak bersetuju dengan kerajaan, Musa berkata beliau menganggapnya sebagai demokrasi digital, yang membolehkan pihak berkenaan menghamburkan kemarahan mereka, tanpa perlu turun ke jalan raya dan mengganggu ketenteraman orang ramai. --- aba.
Perangai Orang UMNO sekarang dan dulu sama je. Tak macam RESMI AYAM. Ayam jantan, berkokoknya dari muda sampai ke tua. Pendekar UMNO dan BN, berkokoknya bila dah tua dan beragan. Orang dah tak mahu, baru lah sibuk sibuk nak berkokok. Masa tu, orang dah tak bangun pagi kerana ayam tua kokoknya tersekat sekat sebab kahak penuh kat leher.
0 comments:
Post a Comment