Cek palsu: Redland buat laporan polis
KOTA BHARU 5 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif Redland Holding Bhd., Datuk Ismail Hassan hari ini membuat laporan polis berikutan kewujudan cek palsu yang dikeluarkan atas nama syarikat tersebut yang telah dikesan diberikan kepada beberapa imam di seluruh negeri ini.
Ismail yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berkata, cek-cek bernilai RM2,000 setiap satu dan berjumlah lapan keping setakat ini dikesan apabila mereka cuba menunaikannya di bank hari ini.
Katanya, cek palsu tersebut dikatakan dikeluarkan Redland sebagai habuan kepada para imam untuk menyediakan teks khutbah Jumaat yang menyokong Barisan Nasional (BN).
''Ini berdasarkan kewujudan kepala surat syarikat Redland yang mendakwa syarikat kami akan memberi sumbangan RM2,000 sebagai habuan seperti mana yang diarahkan oleh Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa.
''Ini semua adalah palsu. Kami tidak pernah terlibat mengeluarkan cek Bank Muamalat cawangan Kota Bharu itu dan pihak Bank Muamalat sendiri mengesahkan bahawa cek tersebut adalah palsu.
''Saya amat kesal dengan kegiatan pihak yang terdesak ini di saat-saat menjelang pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di sini hari ini.
Hadir sama di pekarangan IPD Kota Bharu, Pengarah Redland, Mohd. Sabri Hassan dan pegawai Bank Muamalat Cawangan Kota Bharu.
Sementara itu, Ismail tidak menolak kemungkinan lebih banyak cek palsu tersebut diedarkan memandangkan kebanyakan yang menerima cek itu baru menunaikannya hari ini.
Mar 14, 2008
ADA CEK PALSU PULAK?
Labels: Belit BN Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment