KOTA BHARU, 14 Mac (Hrkh) – Jurugambar akhbar The Star Biro Kelantan, Sazuki Embong yang terlantar di wad ICU Hospital Pakar Perdana akibat serangan strok diziarahi Menteri Besar, semalam.
Menurut ahli keluarganya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat datang menziarahi Sazuki kira-kira jam 11 pagi.
“Ketika itu Sazuki baru boleh bercakap dan mulai kenal saudara mara dan kenalan yang datang menziarahinya. Alhamdulillah beliau cepat sedar selepas diserang strok yang agak kuat.
“Sedangkan ketika mula-mula dibawa masuk ke hospital ini beliau tiba-tiba diserang strok sehingga tidak boleh bertutur,” katanya ketika ditemui di wad ICU hospital swasta tersebut tengahari tadi.
Hari ini turut menziarahinya anggota Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali dan rakan-rakan wartawan.
Dua hari lalu Sazuki dimasukkan ke wad di Hospital Raja Perempuan Zainab 11 akibat penyakit darah tinggi. Kemudian dipindahkan ke Hospital Pakar Perdana untuk menjalani rawatan lanjut.
Namun ketika berada di Hospital Pakar Perdana tiba-tiba dia diserang strok, namun tindakan pantas doktor mencairkan darah yang tersumbat di bahagian kepalanya membolehkan Sazuki sedar lebih awal.
Sazuki berkata, kepenatan bekerja tanpa rehat menjelang pilihan raya umum lalu menjadi antara punca darahnya menjadi tinggi.
“Sebelum ini setiap hari saya makan ubat darah tinggi dan kencing manis. Namun dua hari lalu darah naik begitu tinggi sehingga menyebabkan saya hampir pitam sehingga keluarga menghantar ke hospital,” katanya.
Katanya, doktor yang merawat memberitahu tidak cukup tidur antara punca utama darah naik tinggi.
Beliau mengakui bebanan tugasnya menjelang pilihan raya menyebabkan tidurnya tidak cukup. “Saya hanya mulai berehat selepas dimasukkan ke wad,” ujarnya.
Turut kelihatan pagi tadi, isteri dan anggota keluarganya. Biar pun kesihatannya hampir pulih sepenuhnya, namun beliau masih berada di bawah pegawasan doktor.
Mar 14, 2008
TG Nik Aziz ziarah jurugambar The Star di Hospital Pakar Perdana
Labels: TG NIK AZIZ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment