Ramli: Saya tandatangani, bukan Khir Toyo
Mar 13, 08 7:31pm
Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud berkata, penyediaan semua dokumen yang diperlukan berhubung perjanjian dengan Puncak Niaga Bhd siap kebetulan sehari sebelum hari mengundi.
Beliau berkata perjanjian yang membabitkan penyelengaraan dan operasi pelan rawatan air Sungai Sireh itu ditandatangani oleh beliau sendiri, bukan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
"Benda ni dah lama, mungkin pihak Puncak Niaga dah lupa dan diluluskan exco dan mendapat nasihat dari Kementerian Komunikasi, Air dan Tenaga serta penasihat undang-undang untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan," katanya kepada pemberita selepas upacara Penyerahan Watikah dan Angkat Sumpah Menteri Besar Baru Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.
Bernama memetik Ramli sebagai berkata beliau telah menyemak dan Dr Mohamad Khir tidak menandatangani sebarang dokumen perjanjian.
Beliau berkata dokumen itu memang ditandatangani sehari sebelum hari pengundian tetapi ia tidak membabitkan Dr Mohamad Khir kerana kelulusan berhubung perkara itu telah dipersetujui kira-kira setahun lepas.
Biodata Datuk Ramli Mahmud
Mar 14, 2008
TERGESA GESA ... APA KEPENTINGANNYA?
Labels: Rasuah Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment