KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 14, 2008

BN TIADA MASA DEPAN LAGI DI PERAK

Dia sebenarnya bukan dipilih kerana PAS tetapi faktor utamanya adalah kerana dia paling layak di kalangan sembilan wakil rakyat Melayu dan beragama Islam yang ada di kalangan Adun DAP, PKR dan PAS yang membentuk kerajaan bersama itu.

PKR hanya ada tiga Melayu manakala PAS ada enam. DAP tidak mempunyai seorangpun Adun berbangsa Melayu dan beragama Islam. Menjadi syarat kepada MB Perak (sebagaimana termaktub dalam undang-undang tubuhnya) adalah Melayu dan beragama Islam. Hanya Sultan Perak boleh mengubah syarat ini.

Rakyat Perak bukan sahaja bakal memperolehi seorang Menteri Besar yang boleh memberikan khutbah Jumaat bahkan juga seorang jurutera yang boleh bercakap empat bahasa, Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.
Rujuk: Biodata NIZAR

Perak tidak menyatakan akan merubah negeri tersebut kepada sistem pemerintahan ala PAS di Kelantan. Tetapi perkara yang tidak boleh ditolak adalah, Perak bakal mempunyai seorang Menteri besar yang mirip sifat amanah dan adilnya seperti Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz. Sifat itu lah yang pendinding bagi negeri Perak kelak.

Apa yang membimbangkan BN adalah, Perak bakal menjadi sebuah negeri yang sukar untuk di takluki UMNO sedikit masa lagi. Merujuk kepada biodata Bakal Menteri Besar Perak yang baru ini, jelas menunjukkan bahawa kefahaman tentang islam dan ketakwaan seseorang Menteri Besar itu akan sendiri menepis sebarang tohmahan dan fitnah yang bakal di serang oleh pihak Pembangkang.

Kerana itu maka wak Raden cukup yakin dengan kredibiliti YAM Baginda Sultan Perak di dalam membuat pilihannya. Jika kita merujuk kepada Mufti Perak sendiri, beliau sehingga kini masih meneruskan perjuangan Islamnya walau di dalam masa yang sama tidak menyentuh sebarang perkara sensitif yang boleh menyebabkan ketegangan kaum dan penganut.

Mungkin UMNO adalah ISLAM sebagaimana yang sering di sebut sebut, tetapi kedaifan tentang ilmu Islam itu sendiri menggagalkan usaha mereka. Akibatnya UMNO termanggu manggu bila setiap tuduhan yang mereka buat, dibalas dengan kenyataan bersandarkan Al Quran dan Sunah Sunah oleh mangsa mereka.

Oleh dengan itu, UMNO dan BN sekarang berusaha untuk memecah belahkan dan mensensasikan kegagalan BA di dalam membentuk kerajaan Perak. Harapan mereka adalah, kalau kekecohan berlaku sebelum tertubuhnya kerajaan, maka BN akan memanafaatkan peluang ini. Apa jua usaha akan dibuat, apa jua senjata akan diguna termasuk media arus perdana. Sejauh mana hebatnya persekongkolan BN dan semua jentera mereka dibanding dengan kuasa Allah swt?

Maka sebagai rakyat yang ingin kan kedamaian dan kemajuan dunia akhirat, seharusnya kita mula kan dengan doa setiap hari untuk kesejahteraan kepimpinan seorang Menteri Besar yang menitik beratkan sifar korupsi dan lebih amanah untuk mencipta satu lagi negeri yang bakal mirip seperti Kelantan.

Apabila Adil, Amanah, Taqwa tercipta, maka secara tidak langsung apa jua bangsa dan agama di sesebuah tempat itu berjaya dan membangun. Terlalu mudah untuk merosakkan sesuatu kemajuan itu sekiranya rakyat sendiri tidak teguh beragama dan bertakwa. Kalau diri rakyat itu sendiri sudah maju, maka apa jua halangan di masa masa akan datang, akan mudah untuk dipatahkan. InsyaALLAH. Kemajuan adalah pada diri dan bukan pada struktur bangunan yang canggih dan menjulang ke langit. Apatah lagi hanya merujuk kepada terbangnya manusia ke angkasa. Itu adalah kemajuan barat yang berbentuk bermegah megah.

Makanya, kalau PERAK berjaya di KELANTANkan, BN akan terus kecundang di dalam apa jua bentuk cubaan. Lihatlah Kelantan yang menjangkau 18 tahun berdiri megah dengan kepimpinan ULAMAK sehingga kini. UMNO dan BN pula hanya mampu melihat dari jauh sambil menjilat jilat jari.

1 comments:

Anonymous said...

wow satu artikel yg paling bernas yg pernah saya baca.post kat semua blog.buatlah link kat my resipi,suri rumah suka pergi situ.jgn yg lain ada phd(prangai hasad dngki).BA mesti buat lapuran pd rakyat terima pandangan rakyat sebenarnya kamu berkerja utk kami.kami angkat kamu dan kami boleh buang kamu dgn sehina2nya,jgn memalukan generasi kamu.kalau yg amanah bertugas insyallah beres

Posting terkini

Blog Archive