MB Perlis: Keluar Umno jika bantah
Malaysiakini
Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perlis yang tidak menyokong pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar Perlis akan dikenakan tindakan disiplin.
"Saya sebenarnya memberi dua pilihan kepada mereka. Pertama dikenakan tindakan (disiplin) atau keluar dari parti.
"Saya beri mereka masa sehingga jam 5 petang ini. (Dan) saya telah menelefon Abdullah mengenai perkara tersebut.
"Katanya dalam kes ini, BN akan mengguna pakai peraturan Whip yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak."
Timbalan ketua perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidil Zainul Abidin, yang turut hadir di sidang media tersebut mendakwa setiausaha agung Umno Datuk Radzi Sheikh Ahmad mengumpul penyokongnya termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
"Jika mereka berdegil dan terus mahu menimbulkan masalah, saya akan memberitahu rakyat mereka yang munafik ini.
"Rakyat perlu tahu siapa yang munafik ini," kata Shahidan lagi.
"Rakyat kini melihat BN seolah-olah merebut harta rompakan perang dan ini menyebabkan rakyat meluat dengan parti itu," kata Shahidan lagi.
Ini lah kaedah pemerintahan UMNO dan BN. Diperturunkan budaya tiada kompromi dan kuku besi untuk memaksa pembekuan otak berfikir dan menafi hak anggota melahirkan pendapat. Jika dibandingkan dengan kaedah perlantikan exco negeri di bawah kuasa BA, terlalu amat jauh berbeza. Walaupun berhari hari, tetapi BA berjaya akhirnya lahirkan keputusan bersama. Cuma sikap buruk media yang mengecohkan keadaan dengan berita dan tajuk dicipta seolah olah persengketaan hebat yang berlaku.
Kini semua orang tahu. Melalui ucapan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin BN, membuktikan bahawa mereka terus cuba untuk tidak memberikan kebebasan kepada adun adun untuk memberikan pandangan serta nasihat selain diberikan amaran, kalau bantah, letak jawatan atau terima tindakan undang undang (Whip) yang dicipta khas bagi mengelak sebarang bantahan.
Ini semua adalah punca tercetusnya kemarahan anggota parti kepada kepimpnna BN dan UMNO. Yang pandai jadi bodoh, yang cerdik jadi bangang. Parti UMNO dan BN, mahu anggota parti dan barisan pemimpin bawahan lebih bersikap angguk dan tunduk. Kerana itu lah mereka tidak pernah maju kerana idea yang bernas akan di cantas oleh pemimpin yang bodoh. Akhirnya apa yang lahir dari UMNO dan BN adalah idea yang basi dan tidak praktikal.
Kini sudah jelas lagi nyata ... apa bukti lagi yang kita mahu?
0 comments:
Post a Comment