isupolitik
KUALA TERENGGANU: Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh hampir pasti tidak akan dilantik semula sebagai menteri besar negeri itu.
Disaat ini beliau berada di kediaman menteri besar di Batu Burok, Kuala Terenganu untuk membawa keluar semua barang keperluan peribadinya dan keluarga di percayai ke Besut.
Kira-kira seribu pengikut Idris Jusoh, Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu berkumpul menyambut kepulangannya dari Kuala Lumpur di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kira-kira jam 9.15 malam baru-baru ini.
Idris dengan wajah muram tetapi tenang diarak keluar dari pintu terminal ke arah orang ramai yang berkumpul di situ.
Suasana agak gamat dan kelam kabut dengan suara tempikan penyokong-penyokong Idris meminta mereka bertenang supaya mereka dapat melihat wajah pemimpin mereka yang dipercayai kini dalam dilemma untuk menjadi menteri besar semula.
Kira-kira lima minit Idris menemui mereka di situ kemudian beredar dengan menaiki kereta dipercayai pulang ke rumah beliau di Besut, melalui jalan pantai
Mar 14, 2008
IDRIS JUSOH SEDANG PINDAH BARANG
Labels: ALAHAI IDRIS ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment