pakcipan
Sebenarnya, Pak Cipan bukan minat sangat dengan politik tetapi kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang (yang baru - tahniah ya!) membuat kenyataan seperti budak darjah 4 yang dalam keadaan stress.
Ketua Pembangkang ingin memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberhentikan peruntukan kewangan dan membiarkan kerajaan negeri mencari dana sendiri. "ini bukan balas dendam..." katanya. Jika ini yang dimahukan oleh rakyat biarlah rakyat yang mencari dana sendiri.
Tak sangka, setelah lama dalam politik dan pentadbiran negeri, kenyataan tak cukup zat sebegini yang keluar dari mulut beliau. Dan, ini bukan yang pertama dilakukan oleh UMNO...... Pak Cipan ulang lagi.... UMNO!
18 tahun Kelantan menerima nasib yang sama dan Terengganu juga mengalami nasib sama dahulu. Ini bukan balas dendam? Jika bukan, ini adalah kerana mereka takut Kelantan akan lebih maju dari negeri di bawah BN. Peruntukan kerajaan persekutuan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang sebenarnya digunakan untuk kempen politik sahaja. Tunjukkan kepada saya projek pembangunan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan!!!!
Ketua Pembangkang Pulau Pinang tidak sedar bahawa kerajaan persekutuan bertanggungjawab membantu kerajaan negeri bukan menyusahkan kerajaan negeri. Malah, beliau menghukum orang yang mengundi BN dalam pilihanraya lalu. Ini kerana, yang menerima kesannya adalah penyokong BN juga. Bukankah tidak cerdik membuat saranan sebegitu.
Malang bagi orang sebegini. Saya harap, negeri-negeri yang berada di bawah pembangkang akan merasa seperti mana Kelantan rasa. Yang menjadi rebutan oleh orang BN bukan sahaja kuasa, malah duit yang akan terkeluar dari poket mereka. Selamat menjadi Ketua Pembangkang YB Azhar Ibrahim.
Mar 14, 2008
BN P. PINANG TIDAK BALAS DENDAM?
Labels: bengang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment