Wak pernah cerita perkara yg sama pada blog ntbn.wordpress dulu dan wak mahu ulangi hari ini kerana kenangan wak kembali pada satu ketika dulu.
Wak pernah di tawarkan untuk duduk dirumah banglo mewah di Shah Alam. Besarnya dan saiznya boleh tahan. Tapi Jauh lebih kecil dari Rumah Dato Zakaria Deros (Allahyarham) dan 3 kali ganda besar dari rumah yang aku diami sekarang.
Dikelilingi oleh rumah orang kenamaan dan sewa cuma hanya RM1,000 sebulan. Dilengkapi dengan kemudahan kolam renang, taman bunga dan taman haiwan. Terdapat 6 bilik tidur dan 5 bilik air. Juga 3 tempat letak kereta.
Orang kaya yang juga kawan wak ni mahu wak duduk dirumah itu. Katanya dia percaya pada wak. Tapi wak tak berani kerana banyak perkara yang kita perlu fikir sebelum terima bulat bulat apa yang orang lain bagi.
Pagi ini, Wak termenung sekejap bila melihat mahligai peninggalan bekas Dato Zakaria ..... bagaimana rasanya duduk di dalamnya.
Macam macam persoalan timbul dalam kepala dan merujuk kepada pengalaman wak yang tidak seberapa itu, masih membingungkan dan bagaimana rasanya duduk dirumah sebegini dengan pendapatan yang ala kadar. Mahukah kita duduk walaupun diberikan percuma sewannya sedangkan yang kos lain perlu dibayar?
Jawab soalan sambil congak dengan kepala otak dungu aku ni
1. Bil bil elektriknya
2. Pegawai keselamatan
3. mencuci kawasan kediaman
4. bill air untuk swimming pool
5. Sekolah anak anak .... mesti kena makan pakai yang hebat
6. Langsirnya .... aduh... berapa banyak pintu ... takkan pakai langsir yang jarang dan selapis
7. Bagaimana dengan perabotnya ... takkan yang jenama murah dan jumlah yang sedikit.
8. Saiz peti sejuk mesti lah besar dan sesuai dengan saiz dapur
9. Katil mestilah SUPERKING size...
10. Macamana kalau sikap anak bila membesar dirumah seperti ini
11. Bagaimana kalau aku terpaksa pindah kemudian hari kerumah yang jauh lebih kecil
12. Bagaimana nak bertegur sapa dengan masyarkat yang kaya kaya di sebelah rumah
13. Bagaimana kalau aku meninggal nanti dan anak isteri terpaksa bayar kos yang tinggi untuk duduk disini?
Tiba tiba ..... adus !!!
Wak terkejut ..... isteri wak tepuk bahu dari belakang. Dia kata, "Tak payah nak berangan ..... "
Mar 14, 2008
JANGAN CUBA UNTUK JADI MEWAH
Labels: Radenjowo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment