marhaen
Perbuatan Mukhriz Mahathir menjaja air liur minta Perdana Menteri Paklah berundur daripada dunia politik adalah satu kerja yang sukar dimengerti, memandang beliau baru sahaja menang pilihan raya untuk kali pertama bagi kawasan Parlimen Jerlun.
Secara rasminya Mukhriz ialah Wakil Parlimen BN bagi kawasan pilihan raya Jerlun. Selepas menang adakah dia melakar agenda untuk menemui para pengundi di tempatnya dan mendengar rintihan mereka apa yang perlu dilaksanakannya sebagai wakil rakyat mereka?
Sejak menang dia telah mengadakan dua majlis di dua buah hotel berasingan melibatkan wartawan tempatan dan asing mahu meminta Paklah berundur.
Khabarnya dia tergugat ketika itu oleh Kumpulan Pekida dan terpaksa melembutkan kenyataan beliau meminta Paklah melakukan sesuatu yang menepati tugasnya. Tetapi secara tiba-tiba dia menulis surat rasmi kepada Paklah dan ada salinannya yang diterima orang ramai meminta Paklah berundur. Bukankah itu melanggar etika kepimpinan? Kenapa dia tidak menulis secara rahsia dan salinkan tulisannya kepada Anggota Majlis Tertinggi UMNO? (surat: m/surat 1 - m/surat 2)
Kita bukan peduli sangat apakah Paklah mahu turun ataupun tidak, kerana proses dia turun itu adalah sesuatu yang pasti. Tetapi perbuatan Mukhriz secara solo dan zorro bertindak mahu Paklah berundur nampak sangat semacam dia sudah menjadi proksi kepada bapanya.
Nampak sangat Mukhriz cuba main publisiti murahan. Soalnya sekarang apakah Mukhriz seorang wakil rakyat kawasan Jerlun ataupun proksi Mahathir?
Apakah Mukhriz sudah berangan-angan agar Najib naik menggantikan Paklah dan dia akan naik bertakhta pula di Tingkat Empat?
- marhaintua - 17.02.2008
MATI KATAK
1 hour ago
2 comments:
Heeeee!!! he!!!
ORANG NI MEMANG CERDIK!!!!
Tak tumpah macam bapaknya.Bagus ma!!.Itu macam lah!!.Baru nama PERUBAHAN!!.Kalau dok angggukkk aja
itu tak dalah perubahan!!! namanya.
Kerja bodekkk aja tu, sama saja macam keledai lah!!
Dia kena tambah sikit patut nya!!
Masukkan Kairi sekali!!! baru lebih cerdik ma!!!
Taklah macam situa bangka tu!!
ANAK YATIM tak tau undang2 negeri!
malu lah orang tua cakap macam tu!
Itu nama tua keladi, makin tua makin tak retiii!!!
Tu Putri Selangor!! Buat repot polis!! kena batang hidung yang kemek sendiri.Konon!!nak jadi heroin!!Malulah!! tunjuk bodo pulak.
Memang Orang2 umno ni banyak yang
bodo2 belaka.
Padan lah Muka kalu kalah!!
....HIDUP MUKRIS vs HIDUP MAHADIK
betul apa dia buat harap harap lebih ramai orang akan sokong mukriz
kalau mukriz jadi PM dengan tunjuk ajar mahathir pun tak apa
Post a Comment