Lembah Pantai gempita dengan sorakan ‘Reformasi’ seperti halilintar memecah hujan lebat dan angin rebut. Perhimpunan Malam Kemuncak Kebangkitan Rakyat menyaksikan ke hadirin lebih 50,000 manusia menyahut seruan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim.
Pada malam 6 Mac itu, jalan sesak di Lebuhraya Pantai Baru dari Bangsar menuju lokasi berhampiran Pangsapuri Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Limau. Jalan terlalu sesak hinggakan bukan sedikit yang meletakkan kereta di tepi-tepi lebuhraya dan berjalan meredah hujan menuju pentas.
Disebalik kesesakan dan rebut malam, tiada apa yang menghalang puluhan ribu pelbagai kaum berkumpul mendengar ucapan Anwar Ibrahim. Sentuhan akhir Anwar Ibrahim seperti magnet menarik pengundi berbanding ceramah Najib di kawasan berhampiran yang sekadar menarik 500 orang sahaja, meskipun dengan kehadiran artis-artis seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira.
Mutakhir ini, kenaikan harga minyak, told an barangan menekan kehidupan rakyat. Ketika BN mengungkit kembali ‘jasa’ mereka, Anwar Ibrahim menawarkan lima janji utama kepada rakyat.
Kata Anwar, yang utama ialah kepentingan rakyat: harga minyak diturunkan, pendidikan percuma, polis dibersihkan, mahkamah diperkasakan dan kebajikan rakyat dijaga meniti di bibir mereka yang hadir.
Perang pilihanraya di Lembah Pantai menjadi sengit. Harapan Baru Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar Ibrahim memberi tentangan hebat di Parlimen itu, cukup hebat hingga mengoyahkan Shahrizat. Dalam ceramah Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, kehadiran hampir ‘0′, meskipun Mawi membuat penampilan pada malam itu.
Dengan sokongan warga Lembah Pantai berada dibelakangnya, Nurul Izzah menghadapi cabaran untuk menterbalikkan majoriti 15,288 undi dalam pilihanraya kali. Apa yang pasti, sokongan warga Cina (27.0%) dan India (18.2%) sudah mencukupi untuk merapatkan jurang diantara Puteri Reformasi itu dengan pesaingnya.
0 comments:
Post a Comment