Senario dan Maklumat Terkini di Terengganu !!!
buletinonline
Kuala Terengganu, 7 Mac – Persoalan paling menakutkan adalah, adakah Terengganu akan diisytiharkan sebagai negeri ‘Darurat’ sekiranya pembangkang memenangi Pilihanraya Umum ke 12 yang akan ditentukan esok.
Berpuluh-puluh kereta perisai telah dilihat dijalan-jalan raya negeri Terengganu sejak kelmarin. Tinjauan Buletin Online mendapati lebih satu dozen kereta perisai tersebut diletakkan dalam susunan rapi di dalam Kem Seberang Takir, dekat sini.
Apakah tujuan sebenar kehadiran kereta-kereta perisai jenis ‘Radpanzer Condo’ masih tidak dapat dipastikan. Samada ianya adalah arahan pihak kerajaan sementara Abdullah Ahmad Badawi atau arahan dari Komander Agong Rejimen Askar Melayu DiRaja iaitu Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong(DYMM SPB YDA).
Kemungkinan matlamat dan tindakan yang diambil oleh pasukan ‘armor’ kereta perisai itu mungkin berlainan. Sekiranya arahan dari Kementerian Pertahanan Kerajaan sementara datang dari Menteri Pertahanan parti UMNO/BN, kemungkinan tindakan dan matlamat lebih bermotifkan politik. Namun sekiranya arahan datang dari DYMM SPB YDA, jelas akan bertujuan dan bermatlamat untuk melindungi rakyat jelata. Lebih-lebih lagi Sultan Mizan Zainal Abidin yang mnjadi DYMM SPBYDA adalah Sultan Terengganu Darul Iman.
Sehingga lewat petang ini, semua maklumat yang sampai menyatakan penculaan UMNO/BN yang sebelum ini seratus peratus ‘Putih’ telah menjadi ‘kelabu’ sebanyak 50% sejak dari tengahari kelmarin.
Sumber-sumber yang dipercayai dari pihak kerajaan sementara ‘UMNO/BN’ Terengganu mengatakan bahawa keresahan telah memuncak sejak dua hari yang lalu. Pertemuan dan taklimat yang telah dipengerusikan oleh Idris Jusoh sendiri telah mendapat luahan dari ahli-ahli yang hadir, menyatakan kemerosotan sokongan terhadap mereka dari akar umbi.
Pagi ini, sekitar jam 5.00 pagi, kebenaran perkataan Idris Jusoh bahawa dia ada dua projek untuk memenangkan UMNO/BN mula muncul. Sebanyak 9 buah bas ‘pesiaran’ diapati membawa seramai 320 penumpang yang bercampur-campur kewarganegaraannya. Majoriti penumpang adalah pelajar-pelajar pelbagai IPT bukan anak Terengganu.
Sumber Buletin Online memberitahu, maklumat telah diterima sendiri dari pemandu bas berkenaan bahawa bas yang sedang dipandunya membawa ‘pengundi projek’ atau lebih dikenali sebagai pengundi hantu.
Dua senjata yang diisytiharkan oleh Idris didalam taklimat untuk memberikan keyakinan kepada ‘orang-orangnya’ bahawa UMNO/BN Terengganu akan terus menguasai pemerintahan adalah Kad Pengenalan Palsu dan Pengundi Projek/Hantu.
Modus operandinya kini tidak boleh dirahsiakan lagi. Dato’ Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Pusat mendedahkan didalam sidang akhbarnya pagi ini yang diadakan di Pejabat Perhubungan Negeri Terengganu.
Sebanyak 190 buah bas dan 2,000 buah kereta akan memauki Terengganu dan Kelantan mulai pagi 7hb Mac. Bagi Negeri Terengganu, penyelarasan kerja dibuat terus oleh Yayasan Terengganu memandangkan majoriti ‘pengundi-pengundi projek’ ini adalah dari kalangan pelajar. Projek ini dinamakan dengan plbagai program kursus yang berkaitan dengan pelajar
Urusan pengangkutan beribu-ribu orang pelajar ini telah diswastakan kepada Hedaco Travel and Tours sebuah syarikat pelancongan. Pengundi-pengundi projek ini akan diangkut dengan bas dan dihantar ke temapt yang selamat.
Bagi kes 9 buah bas pagi ini, setelah polis datang dan mengawal keadaan, bas tersebut telah diiringi ke Bandar Kuala Terengganu. Para penumpangnya telah diturunkan didalam kawasan Wisma Darul Iman, dan dilihat dikumpulkan ditingkat dua, hadapan Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Bagi pengundi-pengundi projek yang sampai awal, mereka akan deprogram malam ini, mungkin diberikan ceramah motivasi atau ‘brainwash’ untuk memberikan keyakinan kepada mereka keluar mengundi esok.
Pelbagai penginapan yang disenaraikan untuk mereka, dari menginap di pusat-pusat pelancongan, pusat-pusat Latihan dan sekolah-sekolah. Dato’ Mustaffa Ali, mengesahkan Sekolah Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu akan dijadikan salah satu tempat penginapan untuk mereka.
Respon Dato’ Mustafa Ali kepada pihak wartawan media, menjawab soalan adakah PAS akan mengambil jalan keganasan atau tidak menyertai pilihanraya? Pesuruhjaya PAS Terengganu itu menegaskan kita akan terus mengikut lunas demokrasi dan tidak mengambil jalan keganasan. Itu polisi PAS. Namun, bagi pihak rakyat kita tidak dapat berbuat apa-apa, kerana kebangkitan rakyat telah sampai kemuncaknya!
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment