tranungkite
Oleh Roslan SMS
Semalam Sekretariat Media PRU12 PAS Pusat dalam sidang akhbar hariannya telah memaklumkan bahawa salah satu langkah PAS untuk memastikan tidak berlaku kejadian pengundi hantu turun mengundi ataupun mereka yng dibekalakan kad pengenalan mengundi bagi pihak nama orang lain esok, maka setiap petugas “Agen Pilihan Raya” (Polling Agent) PAS terutama di kawasan-kawasan panas akan dibekalkan dengan kad pengimbas IC.
Alat ini dapat membaca “chip” MyKad untuk mengesahkan samada ianya MyKad yang sah atau palsu.
Dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini Setiausaha SPR memaklumkan yang agen-agen pilihan raya tidak dibenarkan membawa masuk alat berkenaan. Malah mereka dilarang mencetuskan huru-hara dan membantah secara terbuka semasa duduk menyaksikan proses pengundian esok.
Mengapa tiba-tiba SPR gelabah?
Tujuan menggunakan alat ini adalah bagi memastikan yang tiada insiden pengundi menggunakan MyKad palsu untuk mengundi. Memiliki MyKad palsu adalah satu kesalahan inikan pula menggunakannya untuk mengundi! Sepatutnya jika SPR sama-sama prihatin akan masalah ini maka mereka sepatutnya menggalakkan penggunaannya. Jika agen-agen pilihan raya tidak dibenarkan membawanya masuk, megapa Ketua Tempat Mengundi tidak dibekalkan dengan alat itu untuk mengimbas mana-mana pengundi yang disyaki?
Melainkan memang pihak-pihak berkenaan bersekongkol untuk melicinkan agenda jahat pihak lawan.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment