Masyarakat Cina berhimpun tuntut janji pemimpinUmno
harakahdaily
KOTA BHARU, 7 Mac (Hrkh) – Bagi memastikan masyarakat Cina hadir pada ceramah yang disampaikan calon BN Parlimen Kota Bharu, Dato’ Mohd Fatmi Che Salleh malam tadi, mereka dikatakan dijanji bayaran RM50 seorang.
Bagaimanapun janji itu hanya dibayar kepada sebahagian sahaja yang hadir dan selebihnya dijanjikan akan dibayar petang tadi.
Namun sehingga jam 4.15 petang tadi duit yang dijanjikan itu masih tidak dibayar. Ekoran itu mereka berhimpun beramai-ramai di hadapan Pejabat Perhubungan Umno Kelantan di Jalan Tengku Chik.
Lebih 100 masyarakat Cina di kawasan Parlimen Kota Bharu berhimpun bagi menuntut wang RM50 seperti dijanjikan.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, mereka dijanjikan bayaran RM50 sekiranya menghadiri ceramah Fatmi malam tadi yang diadakan di dewan pejabat Perhubungan Umno negeri.
“Hanya sebahagian kecil daripada kira-kira 200 pengundi masyarakat Cina diberi wang yang dijanjikan. Dan mereka yang tidak memperolehi wang tersebut dijanji dibayar hari ini pada jam 2 petang,” katanya ketika ditemui di sini.
Bagaimanapun pada tinjauan ke lokasi terbabit petang tadi masyarakat Cina yang berhimpun akhirnya berlaku ‘perang mulut’ kerana merasakan mereka telah ditipu pemimpin Umno.
Ketika itu kelihatan seorang yang disyaki pengawal peribadi kepada Fatmi datang untuk berunding bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Dalam masa yang sama beberapa jurugambar akhbar yang berada di lokasi berkenaan diberi amaran supaya tidak menyiarkan berita perhimpunan terbabit.
Ketika suasana agak tegang itu datang pula seorang penduduk Melayu juga menuntut wang. Bagaimanapun dia hampir dibelasah orang kanan pemimpin Umno kerana menuntut wang upah membawa keluarganya yang berada di luar Kelantan pulang mengundi.
Seorang saksi pula memberitahu pemimpin Umno yang berada di situ mendakwa perhimpunan tersebut kononnya didalangi pemimpin PAS, namun ditolak masyarakat Cina.
“Ada pula orang PAS yang dituduh membuat angkara ini, Umno yang jahat tipu orang tapi nak salahkan PAS pula,” kata seorang wartawan.
Seorang saksi lagi yang juga berbangsa Cina ketika ditemui mengakui mereka dijanjikan diberi wang sebanyak RM50 sebagai upah hadir pada program ceramah Umno.
Katanya juga setiap mereka yang hadir harus menyemak terlebih dahulu nama dalam buku daftar pemilih bagi memastikan mereka benar-benar pengundi tempatan.
“Mana yang daftar akan dapat duit, saya daftar juga namun tak pun dapat duit RM50 seperti dijanjikan pemimpin Umno,” ujarnya.
Manakala dalam perkembangan lain pagi semalam Fatmi merasmikan mesyuarat agung PIBG Sekolah Kebangsaan Zainab 1 di Jalan Telipot sambil memperkenalkan calon-calon BN yang bertanding.
Seorang bapa berkata, Fatmi marah apabila ibu bapa yang hadir enggan menjawab pertanyaannya sama ada menerima atau tidak Dato’ Dr Awang Adek sebagai bakal Menteri Besar. - mj
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment