Masa depan anda terletak di tangan anda. Kalau anda cukup selesa sekarang, mungkin mahu BN berkuasa. Tapi ada ramai yang sengsara. Ramai yang tidak selamat ketika ini. Lihat keliling anda ... terjamin kah keselamatan.
Wak tak kira....apa yang aku mahu adalah pembelajaran percuma sehingga ke universiti, bantuan untuk orang miskin, Penurunan harga minyak dan jaminan parti BA. Kalau tak laksana, kita ubah lagi. Itu lah demokrasi. itu lah kuasa rakyat.
Kalau asyik di belenggu dengan undang undang berpihak kepada kepimpinan, tak payah. Buang masa. Kerana itu lah kalau ada masalah, buat lapuran polis pun tak guna. Tambah tambah lagi kalau ditipu dan bermasalah dengan orang kuat UMNO dan BN. Diberikan duit, lapuran polis entah kemana, siasatan pun entah kemana. Di tanya, kita balik yang kena. CUkupppppp.....aku dah tak mahu undang undang kasta lagi. Masing masing ada hak. Kau buat salah, aku lapur. Jumpa di mahkamah, jatuh hukum. Kalau asyik rakyat marhaen sahaja yang kena, sampai bila?
Akhirnya tiba jua.....masa depan terletak di tangan kita. Aku mahukan kerajaan yang telus dan adil. AKu mahukan kita aman dan tidak bermasam muka. Kita tidak mahu orang India dan Cina mengutuk bangsa Melayu hanya kerana sikap bodoh pimpinan bangsa Melayu sendiri. Lemah, kuat tidur, korupsi, menyeleweng dan sebagainya. Biar keputusan inni akan menjadi titik tolak demokrasi sebenar.
Aku mahu pemimpin lama yang melakukan kesalahan di bawa ke muka pengadilan. No2umno berjanji akan terus mendesak keadilan di laksanakan.
Cari pemimpin yang berwibawa, bertanggung jawab dan amanah. Selain dari itu ...... terserah kepada Allah swt. Sekurang kurangnya aku dah lakukan tanggung jawab.
Jangan lupa bawa IC ... Wassalam dan selamat membuat pilihan. ADIOS ......
0 comments:
Post a Comment