Anak Kelantan Sudah Pulang
msomelayu
MAKLUMAT tidak rasmi menyatakan kira-kira 10,000 pengundi Kelantan yang berada di luar sudah pulang dan kini berada di lokliti masing-masing. Mereka mulai pulang lewat tengah hari semalam dan akan berakhir pagi esok. Malam ini dijangka beratus buah bas khas membawa pengundi luar Kelantan untuk pulang.
Ini tidak termasuk kepulangan mereka dengan kenderaan persendirian, bas, keretapi dan kapal terbang. Adalah dijangka kepulangan pengundi luar kali ini bertambah, melebihi kepulangan tahun 1999.
Pertambahan angka ini mungkin disebabkan kerana ada kempen (rayuan) khas untuk membawa mereka pulang oleh BN dan Pas. Kenderaan khas untuk membawa mereka pulang juga disediakan. Maufakat Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) yang berkhidmat untuk Umno menyediakan lebih 100 buah bas.
Manakala Persatuan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan (Perakan) juga turut sama menyediakan kenderan untuk membawa pengundi pulang.
Ekoran peningkatan jumlah pengundi luar itu menyebabkan timbul keraguan dan kebimbangan mengenai pengundi hantu. Seandainya jumlah itu termasuk pengundi hantu ia akan memberi masalah kepada Pas.
Kalau benar wujud pengundi hantu ia akan menimbulkan masalah kepada Pas. Sebaliknya kalau pengundi yang dibawa itu memang pengundi asal Kelantan 65% daripada mereka akan mengundi Pas.
Bagaimana pun melihat kepada suasana di Kelantan di saat-saat akhir ini (sehingga jam 6:00 petang) kedatangan pengundi hantu tidak akan menjejaskan Pas. Kekuatan yang Pas miliki ketika ini masih lagi mampu untuk mebendung pengundi hantu. Melainkan jumlah pengundi hantu dan wujudnya penipuan-penipuan lain yang melampau mungkin suasana saat akhir ini akan berubah.
Jangan terkejut kalau keputusan esok berubah 100 kali ganda!
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment