KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 7, 2008

Bas-bas ke pantai timur pun mula bertolak....

Azamin Amin
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Terkini, menurut laporan yang diterima daripada pelbagai sumber, hampir 30 buah bas persendirian yang memasang bendera Barisan Nasional (BN) sudah pun berada di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dipercayai akan bertolak ke pantai timur pada bila-bila masa.

Malah sejumlah 10 buah bas daripada pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan juga turut dilaporkan bertolak ke kawasan yang sama pada pagi tadi malah sistem pesanan ringkas (sms) kepada wartawan juga memaklumkan sejumlah 50 buah bas daripada Perak turut dikesan menuju ke destinasi yang sama.

Sama ada para penumpangnya adalah mereka yang berasal di Kelantan, Trengganu dan Pahang tetapi berkerja di ibu kota ini bertujuan untuk pulang mengundi ataupun para pengundi yang tidak dikenali yang diupah untuk mengundi, hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui.

Dan Dia sahajalah yang memakbulkan doa rakyat Malaysia yang telah pun menyampaikan mesej ke langit semalam dan beberapa hari sebelumnya.

"Biar apa pun ikhtiar manusia, penentu segalanya di tangan empunya kuasa di langit dan bumi.

"Awal jam 4 pagi lautan manusia membanjiri Stadium Sultan Mohammad Ke IV menadah tangan berdoa ke hadrat Allah. Mereka mengadu kepada Allah di atas keangkuhan manusia," kata wartawan Kelantan Mazlan Jusoh yang melaporkan solat munajat tersebut.

Titisan air mata jernih mengalir membasah pipi di dini hari dan puluhan ribu rakyat Kelantan mengadu musuh semakin bongkak mahu menggayang Islam bagi merobek kerajaan negeri di bawah dasar Membangun Bersama Islam, katanya.

Dilaporkan juga, ketika ini jalan raya dan lebuh raya menuju ke Pantai Timur mengalami kesesakan teruk akibat ramai pengundi yang pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab pada hari esok.

Mengikut maklumat 30,000 pengundi luar bakal membanjir tempat-tempat panas di sini, dalam misi Umno menawan Kelantan.

Dilaporkan juga beberapa buah bas yang dipercayai membawa penumpang tidak dikenali termasuk 18 orang dari Sabah dikatakan berada di sini termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Pekan.

Bas yang membawa penumpang yang diragui itu dikatakan berada di Darul Hanan sejak semalam, di mana penumpangnya ditempatkan di sebuah dewan di situ.

Ketika tinjauan ke lokasi terbabit didapati dewan yang dikatakan menempatkan penumpang mencurigai itu kelihatan berkunci rapat, malahan bas yang membawa mereka juga sudah tiada, menurut wartawan Salmah Mat Husain.


Seorang penduduk tempatan, Yusof Mamat, 62, ketika ditemui mengesahkan beliau melihat bas-bas tersebut berada di situ sejak semalam.

"Saya tengok sendiri dan rasa pelik dengan orang ramai di situ entah dari mana pula datangnya mereka dalam saat-saat begini.

"Apa yang lebih menarik orang dari Sabah juga ada bersama mereka iaitu seramai 18 orang," ujarnya.

Dilaporkan kira-kira enam buah bas yang mencurigakan dikesan di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada jam 5.15 pagi tadi oleh petugas PAS berhampiran.

Menurut sumber, bas-bas pesiaran terbabit membawa pelajar-pelajar universiti yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Putra Malaysia.

Rohana Sulaiman, 21, yang ditemui di tempat kejadian menceritakan bahawa beliau telah mendapat maklumat tentang kemudahan yang dipercayai disediakan oleh pihak Yayasan Terengganu diiklankan menerusi sistem pesanan ringkas (sms).

"Iklan mengenai khidmat kenderaan secara percuma untuk balik ke Terengganu tidak dibuat secara umum. Saya mendapat maklumat ini melalui seseorang yang bernama Razali, jawatankuasa yang terlibat menghantar sms kepada mahasiswa Terengganu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ujarnya, sebelum bertolak daripada Kuala Lumpur mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan mengundi di dun-dun tertentu malah dalam perjalanan Rohana mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan trip perjalanan yang tidak membenarkan penumpang turun apabila tiba di lokasi yang dituju.

"Dalam bas tadi, kami 'dibrainwash' memburukkan PAS dan KeADILan seterusnya mengutuk kerajaan PAS Kelantan. Kami juga tidak dibenarkan turun di lokasi yang kami nak turun, macam contoh kawan-kawan di Dungun dan Kemaman, mereka dihalang turun. Katanya kena sampai di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu untuk sesi taklimat," katanya sambil mendakwa berasa tertipu dengan khidmat tersebut.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive