Pengawal keselamatan ditahan kes simbah cat
Utusan Meloya
KUALA LUMPUR 7 Mac – Seorang pengawal keselamatan ditahan bagi membantu siasatan kes tembok pagar kediaman Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman disimbah cat merah di sini, semalam.
Suspek lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Seberang Prai Utara kira-kira pukul 3 petang semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, suspek dikesan berdasarkan panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Ab. Rashid pada pukul 2 pagi semalam.
Setelah menerima laporan daripada Ab. Rashid pada pukul 8.46 pagi berhubung maklumat itu, menurutnya, gerakan memburu suspek dilancarkan sehingga berjaya diberkas di negeri utara itu.
“Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) di sini untuk soal siasat,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, tembok pagar rumah Ab. Rashid di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai di sini disimbah cat merah dipercayai dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam malah tiga tin kecil cat merah turut ditemui di situ.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan kerana marah dengan tindakan SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal pada kuku pada hari pembuangan undi esok.
Sementara itu, menurut Muhammad Sabtu, ketiga-tiga tin itu yang dihantar ke unit Forensik gagal menemui cap jari suspek.
“Setakat ini masih tidak ada bukti kukuh berhubung kes tersebut yang disiasat rapi oleh pihak polis,” ujarnya.
Beliau juga memberitahu, pengawal keselamatan itu hanya akan ditahan reman jika dia didapati terlibat dengan perbuatan menyimbah cat.
``Jika tiada kaitan suspek akan dibebaskan,’’ katanya sambil menjelaskan polis juga masih belum menemui motif sebenar perbuatan tersebut.
No2umnO - Cekap memang cekap polis Malaysia. Simbah di KL, tangkap di Pulau Pinang.......Sharlinie apa cerita?
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment