KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 7, 2008

KHAIRY TAKUT ...... !!!

Khairy 'penakut' semuka dengan Badrul Hisham dalam debat terbuka
Wan Nordin Wan Yaacob
harakahdaily

KOTA BHARU, 7 Mac (Hrkh)- Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang menghubungi harakahdaily pagi tadi berkata, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin gagal ke program debat terbuka bersamanya yang dijadualkan malam tadi.

Badrul Hisham yang juga Ahli Majlis Teringgi KeADILan berkata, pentas telah disiapkan dan cabaran terbuka telah disampaikan kepada Khairy, namun menantu Perdana Menteri itu tidak hadir untuk bersemuka dengannya.



Program itu dipengerusikan oleh Anuar Mohd Nor, penggendali laman web Umno-Reform di Taman Seri Rembau Lapang, Rembau.

Kegagalan menantu kepada Perdana Menteri tersebut untuk hadir ke program itu telah menyebabkan lebih 2000 orang hadirin kecewa. Wartawan-wartawan yang hadir termasuk dari RTM juga turut kecewa.

Badrul Hisham yang berucap kepada hadirin meminta mereka supaya bertenang dan menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Khairy jika dipanggil termasuklah dikubu kuat Umno.

Kata-kata Badrul itu disambut dengan slogan 'Khairy penakut' daripada hadirin termasuk penyokong-penyokong BN yang hampa dengan menantu Perdana Menteri kerana tidak menghadirkan diri di program tersebut.

Khairy sebelum ini cukup lantang membuat kenyataan didada-dada akhbar dan televisyen mengutuk pembangkang dan juga pencabarnya di Rembau.

Namun kata serang aktivis rakyat, Zahari Shah kelantangan Khairy itu hanya untuk dipertontonkan dalam televisyen sahaja, sebaliknya bila diajak bersemuka menantu Perdana Menteri itu takut untuk berhadapan kenyataan.

"Jika beliau seorang yang benar-benar berani, berhadapanlah dengan Badrul Hisham secara terbuka di pentas terbuka, jangan hanya membuat kenyataan dalam televisyen, tetapi takut berhadapan kenyataan sebenar," ujarnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive