KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 7, 2008

SPR NAFI ...... MMmmmmmm

SPR Nafi Kertas Undi Tersebar Di Selangor

PUTRAJAYA, 7 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa terdapat kertas undi yang telah diedarkan di sekitar Selangor. Setiausahanya Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata dakwaan itu tidak berasas dan kertas undi tidak boleh dikeluarkan oleh pegawai pengurus pilihan raya sehingga esok.

"Tidak betul... Tidak ada kertas undi tersebar di Selangor atau mana-mana negeri sekalipun," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Operasi SPR di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sejurus menerima panggilan memaklumkan kepadanya mengenai tindakan sebuah parti pembangkang menimbulkan kekecohan di Selangor berhubung terdapat kertas undi yang didakwa sudah tersebar.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi maklumat terperinci mengenai dakwaan tersebut.

Katanya kertas undi adalah antara peralatan pilihan raya yang dikawal ketat SPR dan polis serta hanya dikeluarkan mengikut prosedur ditetapkan.

No2umnO - Sejak bila rakyat percaya kepada SPR dan POLIS?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive