drkhir.blogspot
Isu penternakan babi ini di bawa kepada pengetahuan saya oleh penduduk di sekitar DUN Tanjong Sepat mengenai masalah pencemaran air di Sungai Sepang Kecil dan bau yang terlalu busuk akibat penternakan babi di Tumbuk, Sepang. Para penduduk juga turut membawa setesen TV3 membuat liputan masalah mereka.
Bagi melihat dengan jelas masalah ini, saya telah membuat lawatan persendirian ke kawasan ini dan mendapati aduan tersebut betul. Air sungai telah menjadi pekat dan bau busuk yang amat sangat kerana najis babi telah dibuang secara langsung ke dalam sungai.
Kerajaan negeri ketika itu juga mendapati jumlah babi yang ada terlalu banyak melebihi keperluan orang bukan Islam. Menurut Pengarah Jabatan Haiwan ketika itu terdapat lebih 400 ribu ekor babi berbanding keperluan dalam negeri sebanyak 250 ribu ekor sahaja.
Justeru saya telah mengarahkan Dato’ Tang See Hang dan Dato’ Ch’ng untuk mengatasi isu ini kerana penternak babi ini tidak faham bahasa Malaysia ketika kita ingin mengadakan dialog dengan mereka bagi mengurangkan jumlah babi dan mengatasi masalah.
Saya telah meminta pandangan Jabatan Pertanian dan juga EXCO Pertanian negeri. Dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada bulan Oktober 2007, beberapa cadangan dari beberapa syarikat telah dibincangkan. Dari sekian banyak cadangan semuanya memerlukan bantuan kewangan kerajaan negeri kecuali satu syarikat yang bersedia membiayai sendiri. Justeru MTES bersetuju untuk membenarkan syarikat tersebut menjalankan kajian yang lebih tanpa sebarang komitmen.
Kerajaan negeri ketika itu ingin melihat bagaimanakah jumlah babi dapat dikurangkan kepada hanya untuk keperluan dalam negeri dan masalah pencemaran akibat industri ini diatasi secara tuntas.
Pada 30 Januari 2008, syarikat ini mengadakan pembentangan semula. Kerajaan secara dasarnya bersetuju syarikat ini membina “modern pig farming” berskala kecil dengan pelaburan sendiri termasuk kos pengambilan tanah dan lain-lain kos. Kerajaan negeri tidak membuat sebarang komitmen dalam bentuk pemberian tanah mahu pun kewangan.
Dalam mesyuarat yang sama, kerajaan negeri mengarahkan kawasan dikecilkan dari 1100 ekar kepada 337 ekar sahaja. Pejabat Tanah Kuala Langat telah diberi tanggungjawab mengenal pasti kawasan yang dicadangkan oleh penternak babi.
Kerajaan negeri juga telah mensyaratkan bahawa kos pengambil alihan tanah adalah atas tanggungjawab syarikat terbabit dan ia mestilah mendapat persetujuan penduduk setempat.
Tidak pernah kerajaan negeri memuktamadkan keputusan pembinaan ladang babi moden di Tumbuk ini.
Tujuan kerajaan di bawah pimpinan saya ketika itu ialah untuk mengurangkan jumlah penternakan babi daripada mengeksport ke negeri lain dan negara luar kepada sekadar keperluan domestik Selangor sahaja.
Ini merupakan tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional ketika itu untuk memastikan bekalan domestik untuk orang bukan Islam mencukupi.
Isu penternakan babi bukanlah sekadar sensitiviti umat Islam tetapi yang lebih besar ialah isu pencemaran alam sekitar dan juga risiko pelbagai virus seperti yang terjadi di Bukit Pelanduk sedekad yang lalu. Sebab itu, kita tidak berminat untuk menjadikan ia satu industri yang besar di Selangor.
Negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga telah lama tidak membenarkan industri penternakan babi ini. Justeru pada hemat saya, ia tidak sepatutnya menjadi satu masalah besar kepada rakan-rakan dari kaum Tionghua. more...
Artikel lain:
Baru Gua Tahu Orang UMNO Rupanya Takutkan Babi
SIAPA PENGEMBALA BABI SEBENAR?
babi ancan nelayan , arak judi ancam apa ?
Antara UMNO dan Babi !
Apakah Dosa Babi?
Ternak Babi Untuk Makanan Orang Malaysia?
Apabila babi menjadi isu di Sepang
Ladang babi moden langkah positif elak kesan negatif ladang lama ...
TAK HABIS CERITA BABI....INI LAGI KOMENTAR PASAL BABI Saya melihat ...
Apr 10, 2008
400,000 ekor babi di Selangor?
Labels: Khir Toyo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment