KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 10, 2008

BABI: Antara Haram dan Ciptaan Tuhan

khairulnazri.

Pertama sekali, secara peribadi, saya ucapkan TAHNIAH di atas kemenangan besar YB di kerusi parlimen Seputeh pada PRU ke-12 yang lalu. Majoriti lebih 36 ribu, MEMANG PUKUL HABIS! Tsunami! Haha! Rasakan MCA…

Okay… Saya rasa terpanggil untuk memberi komen di sini setelah “5 EKOR BABI PANGGANG” menjadi “ISU” di kalangan pembaca dan pemerhati politik di blog YB ni… Alaaahaiii…

Kepada para pembaca yang budiman, saya MINTA dan RAYU agar membaca komen saya ini dengan berlapang dada serta minda dan hati yang terbuka sebagai seorang dewasa yang waras dan matang.

Saya seorang lelaki berusia 29 tahun. Saya seorang Muslim. Saya seorang Melayu. Saya seorang warganegara Malaysia yang telah 8 tahun layak mengundi, dan saya tak pernah terlepas walau sekali pun. Saya tak pernah mengundi BN. Saya seorang penyokong dan pengundi PAS. Saya juga penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat.

Saya telah membaca semua komen yang berkenaan dengan tajuk tersebut. Ada yang pro, ada yang kontra. Hakikatnya, saya harap JANGANLAH sesiapa menjadi emosional. Hakikatnya juga, saya dapati luahan idea dan perasaan terhadap “isu” ini sebagai sesuatu yang sihat kerana ianya adalah jelmaan amalan demokrasi.

Baiklah. Here it goes. Dalam Islam, yang HARAM berkenaan dengan babi adalah:-

1) Memakannya dan menyediakan hidangan tersebut kepada orang, baik yang Muslim atau yang non-Muslim

2) Memasaknya dan yang berkaitan dengannya

3) Berniaga / bekerja dengannya dan segala yang bersangkut-paut dengan kegiatan perniagaan / perdagangan dengannya (HARAM memakan / mengaut hasil daripada sebarang kegiatan tersebut)

4) Menternaknya dan mengagih-agihkannya

5) Memakai @ menggunakan sebarang produk daripadanya

SENTUH secara SENGAJA adalah TIDAK HARAM, namun IANYA SANGAT2 TIDAK DIGALAKKAN. Kalau TERSENTUH, ia tidak mengapa kerana dalam Islam, ada kaedah yang tertentu tentang cara nak menyelesaikan permasalahan sesuatu perkara, termasuklah jika tersentuh babi ini dan yang seangkatan dengannya. Setiap Muslim diminta menjauhi babi, TETAPI BUKAN MENGHALANG ORANG YANG BUKAN ISLAM DARIPADA MELAKUKAN APA-APA TERHADAP BABI, kerana itu adalah HAK mereka, dan Islam tidak pernah sekali-kali menyuruh umatnya merampas hak orang yang bukan Islam. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive