Tak mahu dikaitkan?
Utusan
(...) "Ini kerana kita (kerajaan negeri dahulu) hanya baru membuat perbincangan awal tetapi tidak ada kata muktamad, kita setuju projek itu untuk skala kecil sahaja, tidak sampai RM100 juta, Selangor tidak perlu projek penternakan babi bernilai sebanyak itu.
"Kita setuju pengambilan tanah dibuat tetapi lokasinya belum ditentukan, pandangan penduduk dan penternak juga belum diputuskan, kalau ada pihak yang membuat bantahan, maka kita boleh membatalkannya.
"Jadi saya terkilan kerana dia (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) menyalahkan kerajaan lama, sedangkan dia berkuasa penuh sama ada mahu membatalkan atau memindahkan projek itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. more...
Manakala TS Khalid Ibrahim menyatakan,
"Projek ini perlu diteruskan kerana secara prinsipnya telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini melalui pengambilan tanah seluas kira-kira 136 hektar di Mukim Batu, Kuala Langat di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.
"Mereka yang membuat protes itu pun dah pergi tengok sendiri ladang babi moden di luar negara.
"Keputusan yang dibuat adalah munasabah kerana rakyat Selangor sendiri yang inginkan pembaharuan dan ini adalah salah satu usaha menjana perubahan tersebut," ujarnya.
Beliau memberitahu, jika projek itu tidak diteruskan, ia sudah pasti akan membawa kesan negatif kepada kawasan berkenaan yang merupakan tapak utama ladang babi di Selangor.
Antaranya, jelas beliau, wabak penyakit virus Japanese Encephalitis (JE) Nipah yang pernah terjadi di Sungai Nipah dan Bukit Pelanduk pada tahun 1999. more...
No2umno - sikit sikit lama lama membuncit atau sikit sikit, lama lama jadi bukit. Kudis buta sudah terbongkar. Menarik di dalam berita ini, Kawasan seluas 136 ekar sudah diambil dan mungkin sudah digazetkan untuk projek terbabit. Projek setinggan sifar sebelum ini kecoh, sekarang projek babi. Babi pun babi lah, yang jelas nya disini, 200 orang penduduk sekitar Tg Sepat dan buat demo 'HALAL', tapi penternakan moden akan dibuat di Kuala Langat. Tak pelik ke? So kenapa diorang yang kecoh ..... Miss soru kot?
CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG
8 minutes ago
0 comments:
Post a Comment