KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 10, 2008

Ini tentang RM490 juta

Projek pusat sukan berprestasi tinggi di London dihentikan

Utusanmerapu - Kerajaan membuat keputusan menghentikan projek pembinaan pusat sukan berprestasi tinggi di bangunan Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), Brickendonbury, London berkuat kuasa serta merta.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tidak meneruskan projek yang dikatakan akan dibina dengan kos RM490 juta itu telah dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

``Keputusan dibuat selepas meneliti semua aspek dan pandangan pelbagai pihak serta harapan yang tipis untuk menampilkan rayuan terhadap keputusan Majlis Bandaraya Brickendonbury yang menolak cadangan pembinaan pusat sukan itu pada Ogos tahun lalu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Pusat itu terletak di kawasan seluas 16 hektar di utara London, kira-kira 24 kilometer dari tapak Perkampungan Sukan Olimpik London 2012.

Ia dicadangkan akan dibina bangunan pentadbiran, sebuah makmal, kuarters kakitangan, kantin, padang bola sepak, kolam renang dan gelanggang kriket.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive