Harakahdaily
(...)Terbaru, bekas ahli Parlimen Tanah Merah, Ir Shaari Hassan mendakwa ada kalangan ahli yang mensabotaj selain berkempen memburuk-burukkan calon termasuk dirinya di Tanah Merah.
Pelbagai bukti ditampilkan Shaari termasuk risalah memburuk-burukkan beiau yang dikatakan dilakukan atas alasan sabotaj oleh ahli-ahli pada pilihan raya lalu.
Sebelum ini beberapa laporan turut menyebut dakwaan berlakunya sabotaj di kalangan ahli Umno ke atas calon yang dipilih kepimpinan Umno pada pilihan raya lalu.
Kekalahan besar Umno/BN pada pilihan raya lalu sesungguhnya memberi tamparan besar kepada parti itu hingga banyak suara mengkritik kepimpinan Umno/BN yang dikepalai Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Antara yang paling vokal ialah, bekas Perdana Menteri, Tun DR Mahathir Mohamad yang lantang menyatakan Abdullah perlu bertanggungjawab atas kekalahan besar dalam sejarah ini termasuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Dr Mahathir juga menyalahkan Abdullah sebagai pemimpin yang tidak mendengar nasihat dan pandangan orang lain sebaliknya hanya mendengar pandangan menantunya, Khairy Jamaluddin.
Senada dengan Dr Mahathir, anaknya, Dato' Mukriz Mahathir pula mengutus surat terbuka kepada Abdullah supaya melepaskan jawatan.
Perang terbuka itu menyebabkan Abdullah rimas, dan terpaksa menyerang kembali Mahathir dengan pelbagai tuduhan. more...
CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG
14 minutes ago
0 comments:
Post a Comment