KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 10, 2008

Apa boleh buat sang babi sudah nasibmu

Msomelayu - MULANYA saya tidak mahu peduli cerita mengenai Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan RM100 juta untuk menguruskan ladang babi secara bersepadu dan bersistemetik. Apalah sangat istimewanya si babi itu? Haiwan berkaki empat dan berbadan pendek itu tidak peru dipolimekkan.

Pun begitu yang jelasnya menternak babi lebih menguntung dan mempunyai pasaran dan permintan meluas berbanding dengan menternak kambing Jamnapari. Kerajaan Kelantan sudah ada pengalaman dalam hal ini 'kambing mengambing' ini.

Adapun kenapa ia menjadi bising ialah kerana babi dianggap najis dalam Islam. Sebenarnya najis babi atau pengharaman babi berbanding dengan anjing, anjing lebih tinggi nilai haramnya.

Menurut Ustaz Ibrahim Azmi, bekas ahli Parlimen Hulu Nerus Terengganu dan bekas ahli pemikiran Jabatan Penerangan Khas Umno (Jack) (sudah dimansuhkan), kedudukan najis babi tidak sampai perlu disamak dan disucikan seperti najis anjing.
Menurutnya najis babi, sekadar dibersih dan disabunkan sudah kira selesai.

Pendapat ini tentu menimbulkan kontroversi. Kerana dalam pemikiran orang Islam Malaysia standard najis babi sama dengan anjing. Apa lagi jika diukur kepada bentuk dan rupa paras binatang berkenaan, babi lebih huduh berbanding dengan anjing.

Untuk mengsahkan ini adalah elok kalau Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pandanganya dari sudut Fikh dan Tasauf. Saya percaya kalau Nik Aziz membuat penjelasan mengenai standard najis anjing dan babi ini ia boleh menyelesaikan sedikit masalah. Lagipun Nik Aziz sendiri turut prihatin kepada nasib penternak babi di Bukit Pelanduk Melaka tidak lama dulu.

Menyatakan simpati

Apakah kesudian Nik Aziz (untuk menyatakan simpati kepada penternak babi di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan tidak lama dulu) melawat penternak itu kerana standard najisnya lebih rendah berbanding anjing seperti mana kata Ustaz Ibrahim Azmi yang berkelulusan Umu Qura, Arab Saudi itu.

Berhubung dengan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membina ladang ternakan babi moden di Selangor itu, MB Selangor, Khalid Ibrahim sudah menjelaskannya.

Katanya tujuan pembukaan ladang itu ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul di sebalik pemeliharaan ternakan berkenaan. Ladang moden itu yang lengkap dengan segala peralatan untuk kumbahan najis babi. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive