Bharian - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, menyifatkan sabotaj dalam Umno sehingga menyebabkan kerajaan negeri kecundang kepada pembangkang adalah perkara biasa dan di Selangor, ia dilakukan pada peringkat dalaman Umno negeri dan dari pihak luar.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mahu menuding jari, sebaliknya mengajak semua ahli parti memperbaiki kesalahan dan kelemahan masing-masing untuk menawan semula Selangor.
"Badan Perhubungan Umno negeri sudah buat keputusan semua calon yang bertanding sama ada menang atau kalah boleh hantar laporan untuk dilakukan kaji selidik. Saya tak setuju guna 'post mortem' kerana Umno belum mati," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini, semalam. more...
No2umnO - Ramai sangat nak jadi pemimpin dalam UMNO nih....Kalau ahli ada 100 orang, 96 orang pemimpin dan 4 orang penyokong. Maka bergolak lah keluarga ini bertunggang langgang berjuang antara mereka. Cucuk sana cucuk sini. Alah bisa tegal biasa. Cuma hadiahkan penyapu hanya Khir Toyo aje yang buat.
Apr 10, 2008
SABOTAJ BIASA DALAM UMNO - Khir Toyo
Labels: Belit Khir Toyo, UMNO bergolak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment