ibrahimbaba - Pertikaian kini terarah kepada boleh atau tidak BALKIS dibubar dan segala dananya dipindah ke BAKTI. Pelbagai reaksi dan pendapat bagi membenarkan dan ada yang membantah langkah yang telah dilakukan oleh Zaharah Kecik sebagai isteri mantan MB.
IB tidak mahu berbicara panjang tindak tanduk beliau dan jawatankuasanya itu mengikuti perlembagaan atau tidak. Tetapi kini dana itu sudahpun dipindahkan ke dana BAKTI.
Biarlah di situ. Daripada mereka berbelanja habis atau memindahkan ke tabung-tabung lain lebih baik mereka pindahkan ke tabung BAKTI.
Hanya sekadar beberapa bulan lagi, jawatankuasa BAKTI akan bertukar tangan. Maka tidak ke mana pun dana itu … apabila Pakatan Rakyat mengambil alih. Tetapi … pssst … jangan beritahu mereka, nanti mereka pindah pulak dana itu entah ke mana atau mereka perhabiskan dengan lawatan ke Eropah pulak!
Namun, IB tetap menanti hasil siasatan kes ini. Di sini bakal menguji keberanian Pak Lah dan Khir Toyo.
Umun ketahui bahawa Khir Toyo kini amat lantang menentang Pak Lah. Inilah peluang terbaik Pak Lah untuk menguji keberanian Khir Toyo untuk terus di sebelah Mahathir atau dia terpaksa mengalah untuk bertukar kem.
Jika Khir sayangkan isterinya dan ingin selamatkan isterinya dari terhumban dalam penjara akibat siasatan kes pecah amanah (Criminal Breach of Trust - CBT), maka terpaksalah beliau mengalih “kiblat”nya. Sepertimana yang pernah dilakukan Khir dulu, Khir pernah menyokong Anwar di awal peringkat reformasi tetapi berubah pendirian kerana mengharapkan janji Mahathir untuk kerusi MB.
Sekian, IB
Apr 30, 2008
Baik Juga Dana BALKIS Dipindah Ke BAKTI
Labels: Balkis, Belit Khir Toyo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Tiada perkataan lain yg sesuai untuk diucapkan selain busuknya hati.Orang yg busuk hati memanglah begitu perangainya.Kalau dia tak dapat,biarlah oranglain pun tak dapat tanpa mengambilkira kepentingan rakyat yg lebih utama.
Post a Comment