KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

Perkataan Allah: Permohonan gereja Katolik ditentu 5 Mei

UTusanloya - Mahkamah Tinggi di sini akan menentukan pada 5 Mei ini keputusan permohonan gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly.

Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung permohonan berkenaan.

Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi yang mewakili responden-responden berhujah bahawa pihaknya tidak membantah permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap tuntutan perisytiharan bahawa larangan itu adalah tidak sah dan batal.

Bagaimanapun, beliau membantah tuntutan pemohon berhubung perisytiharan penggunaan perkataan dalam penerbitan itu dan tuntutan perkataan Allah tidak eksklusif kepada agama Islam.

Ini kerana, katanya, perisytiharan berkaitan hak tersebut seharusnya dibuat melalui tindakan saman (writ action) dan bukannya melalui semakan kehakiman yang digubal untuk menyemak keputusan menteri. more...

No2umnO - Wak dah naik pening dengan benda ni semua. Kalau budak sekolah tadika berebut, wak paham, ini dah sampai ke tahap menteri dan orang tua pun masih tak pandai pandai. Kenapa orang lain tak boleh pakai perkataan Allah? Dia punya suka la. Petua dia senang je......

Kentucky tu dulu, dia cipta makanan ayam goreng. Bila dah jadi terkenal dia buat pattern@Hak cipta terpelihara.. Orang lain tak boleh nak tiru dan guna. Semuanya sebab Owner ujud dulu dari Produk.

Allah swt ujud dulu sebelum Islam dan Kristian....so apa hak Islam ni nak kata Allah swt ni dia yang punya. Terbalik dah tu .... Allah swt boleh kata Islam ni miliknya. Mana ada produk patternkan Tuan punya?

Kalau menang pun tak bangga. kita dok berebut, tapi tonggang arak tiap hari, menteri raba raba tiap hari, maksiat mak aiiii dah macam makanan hari hari, hati dan perangai dah macam Yahudi, tak paham agama, tak ikut hukum dan sbgnya. Pastu nak cerita Allah swt tu milik kita? Malulah sikit.

4 comments:

mangchikla said...

Sedikit ulasan dari En Arip, Ex Christian, Wallahu 'aklam

radenjowo said...

Ambil sedikit contoh yang jelas. Kita sibuk cerita tentang bangsa Melayu dan UMNO. Tapi dalam masa yang sama, orang sapu habis hak orang Melayu. Puncanya kerana kita leka tentang tuntutan hak sedangkan tanggung jawab sebenar mereak tak buat. Satu lagi rektorik.

Merujuk kepada artikel Mufti Asri. Kali ini kita terpaksa setuju kerana yang penting adalah diri masing masing. Kukuhkan iman diri dan keluarga adalah penting di banding dengan mempertikaikan hak tentang sebutan Allah swt.

Jesus dan Isa AS adalah sama. Tapi fahaman tentangnya berlainan. Biarpun perbezaan nama, kemelut masih sama, yang penting diri masing masing. Semuanya kerana diri.

Kalau Allah dipersetujui oleh Kristian untuk ditukar nama, adakah ia merubah Kristian itu dan merubah Islam itu sendiri?

Orang yang mempertikaikan hak nama Allah swt adalah orang yang sama kualitinya dengan mereka yang mempertikaikan hak bangsa Melayu. Sejauh mana kejayaan dan kefahaman mereka tentang Allah swt dan melayu?

Adalah lebih baik kita bertanya dengan pakar agama tentang ini, contoh nya TG Nik Aziz atau Mufti Perak. Apa agaknya kata mereka dan kenapa mereka tidak berkata kata sehingga hari ini? Kalau ianya penting dari segi akidah, sudah pasti ianya sudah ditempelak.

Ada isu yang boleh selesai dan ada isu yang tak selesai. Perebutan nama Allah swt adalah isu yang takkan selesai. Biarpun mahkamah memberikan kemenangan kepada satu pihak. Wak yakin, ia akan terus diguna pakai. Setuju kah kita kalau Islam di tegah guna, atau setuju kah Kristian kalau mereka ditegah guna?

Apakah hukuman dunia yang boleh dikenakan kepada mereka yang engkar? Tak kan ada.

So .... kenapa perlu kita buang masa, sedangkan masa yang ada lebih baik kita gunakan untuk ajar anak anak tentang dakyah Kristian dan kukuhkan iman dan takwa kita dan mereka. Ianya adalah lebih manafaat. Wallahualam.

mangchikla said...

TQ.

Anonymous said...

saya pernah mendengar kuliah Dr MAZA mufti perlis..dia kata tiada masalah dlm penggunaan perkataan Allah ini..jadi tiada masalah dlm kes ni..jgn tunjukkn bahawa Islam itu jumud..kena tunjukkn Islam itu adil..terbuka..

Posting terkini

Blog Archive