KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

BSKL rugi RM140 bilion?

siasah - KOTA BHARU, 29 April: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sudah kerugian kira-kira RM140 bilion sejak dua bulan lalu dan faktor terbesar akibat dari ketidakstabilan kerajaan yang ada.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar ia dihentikan segera.

"Kita mendengar ada desakan dari dalam Umno sendiri agar Perdana Menteri meletakkan jawatan...mungkin ia boleh hentikan ketidakstabilan ini," kata Husam.

Exco kerajaan negeri Kelantan itu berkata demikian ketika menggulung perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan Selasa lepas.

Ucapan beliau bagaimanapun diganggu oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Che Alwi Che Ahmad dengan berkata isu itu adalah isu nasional dan perlu dibawa oleh wakil-wakil PAS di Dewan Rakyat bukannya di Dun Kelantan.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, seorang penganalisa ekonomi, Alex Ong bersetuju dan mendakwa dakwaan Husam itu ada kebenarannya.

"Sejak Disember 2007 lalu, index komposit BSKL sudah turun dari 1445 point kepada 1227 point pada 9 April lalu. Jadi mungkin angka yang diambil oleh beliau adalah dari pilihan raya hingga sekarang," kata Alex ketika dihubungi Siasah bagi mengulas perkara itu. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive