matsamankati - (...) Jamry ni salah sorang dari beberapa pegawai tinggi yang cuba sabotaj pentadbiran PR Perak. SUK yang tulis surat arahan pertukaran 24 jam tu pun dah dapat kad kuning. Silap-silap, lepas half-time, mungkin dia pun duduk dibangku simpanan.
Sebab sebenar mengapa Jamry kena tukar 24 jam, sapa pun tak pasti. Tu kena tanya MB. Tanya kat Misbah pun dia boleh jawab. Tapi dari borak-borak kedai kopi, Jamry ni cuba nak sabotaj perlantikan AJK Masjid.
Semua AJK masjid yang lalu tamat tempoh perlantikan depa pada 30 Oktober tahun lalu. Bulan November, satu senarai baru telah dikemukakan. Senarai ini kemudian perlu disahkan oleh Jawatankuasa Pemilih yang terdiri dari Penghulu, OBJ dan PTA. Kemudian disalurkan keUnit Mesjid, JAIP. Lepas tu, diberi kepada EXCO untuk semakan terakhir. Baru dibawa ke Persidangan Majlis untuk disahkan. Nak pilih AJK mesjid pun teruk benor, yob!
Oleh kerana proses yang panjang, Persidangan Majlis tidak dapat diadakan pasai PRU12. Kalau BN menang kat Perak, tak jadi masalah. Depa cuma perlu sah dan backdate saja perlantikan tu. Tup-tup, BN kalah. Tau sajalah, senarai AJK masjid yang lama tu, semua orang UMNO. Kaki karaoke yang tak pernah ke mesjid pun boleh jadi AJK. Tukang songlap peruntukan PLB pun boleh jadi Pengerusi Mesjid.
Nizar nak tukar senarai ni. Dia mahu pemilihan AJK mesjid dibuat secara terbuka melalui pemilihan. Dan biar kariah mesjid sendiri yang pilih. Depa nak pilih orang Umno ka, Pas ka, PKR ka, mampuih pi lah.
AJK mesjid pun mesti seimbang. Mesti ada sekurang-kurangnya 2 orang wanita dan seorang dikalangan belia. Jumlah keseluruhan 15 orang.
Suratkhabar kata, JAIP dibawah Sultan, bukan bawah MB. Betui la. Tapi hangpa ingat Nizar berani buat tanpa restu dari Sultan ka? Masa angkat sumpah EXCO dulu, Sultan dah bagi warning. Baginda tak mahu orang kampung diasing-asingkan. Kalau UMNO, umno saja. Kalau Pas, Pas saja. Tak boleh. more...
Apr 30, 2008
Pengarah JAIP dapat kad merah
Labels: PERAK Govt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment