KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

TAHNIAH KERAJAAN PERAK

Perak lantik imam ahli Pas

Bharian - SITIAWAN: Tidak sampai dua bulan memegang tampuk kuasa, kerajaan Pakatan Rakyat sudah menunjukkan taring dengan melantik imam dan pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid (JKKM) tanpa rundingan pada peringkat akar umbi serta tidak mengikut prosedur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata 675 imam, pengerusi dan ahli JKKM di masjid dan surau seluruh Lumut serta Beruas yang dilantik pada 2004 kini keliru kerana kerajaan negeri melantik imam dan pengerusi dari kalangan ahli Pas.

Katanya, pelantikan semua imam dan Pengerusi serta Ahli JKKM sedia ada dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) dan sah sehingga Oktober lalu, tetapi Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) mengeluarkan surat mengarahkan mereka terus bertugas sehingga surat lantikan 2007 hingga 2009 dikeluarkan tidak lama lagi. more...

No2umnO - Kita dah tak ada cukup masa melayan semua karenah orang orang BN. Kami dapat lapuran ada pihak yang cuba untuk menolak semua arahan disamping menyebar dakyah membantah kerajaan baru. Kalau BN boleh lantik imam, kenapa PAS tak boleh? Takkan nak lantik ahli DAP jadi IMAM? Itu sendiri kena ingatlah.

Kita hanya ada 4 tahun untuk lakukan perubahan. Orang tak mahu tengok macamana ia berubah, tapi rakyat nak manafaatnya, Ramai antara lantikan BN dulu yang menyekat arahan dan mempertikaikannya. So.....apa tunggu lagi, kalau banyak songeh, tendang ke tepi. Nak kerja buat cara nak kerja, kalau tak nak kerja, letak jawatan. Kakitangan kena dengar kata boss. Ramai lagi yang nak pegang jawatan.

Isu Ketua Kampung adalah salah satu usaha BN melewat dan melekakan kerajaan baru. Belum lagi soal ekonomi, sosial, pertanian, pendidikan, amal kebajikan ..... banyak lagi yang perlu di tangani. Kalau mahu perubahan, kena berani. Kalau tidak, BN akan kata, kerajaan dia lebih baik.

Pemimpin PR jangan leka. Kerja kena buat macam BN dulu. Rakus sikit ..... Kalau lembut orang perlekehkan. Banyak lemak, naik kepala. Disamping itu banyak lah cengkadaknya pulak. So... kalau ada rintangan, tolak ke tepi. Teruskan dengan perancangan. Soal media .... jangan ambil hal. Ceramah dan internet cukup untuk tangani.

Perak bukan kelantan. Rakyat Kelantan tak mudah tergoda dengan berita dan muslihat BN lagi. Mereka pula sanggup bersabar walaupun dipinggirkan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive