KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

Karpal 'berlaga' dengan Ibrahim Ali

harakahdaily - (...) Kenyataan itu menimbulkan ketidakpuasan hati kepada Ibrahim yang kemudiannya mencelah dan menyelar sikap Karpal yang tidak menghormati Parlimen.

Katanya, ketika sesi perbahasan dijalankan, beliau mempersoalkan kewajaran Karpal yang tidak meminta kebenaran dewan yang mulia untuk duduk sewaktu berhujah.

Umum mengetahui bahawa Karpal hanya berkerusi roda serta tidak boleh berdiri dan hanya duduk ketika menyampaikan hujah atau mengemuka soalan.

'Serangan' Ibrahim kemudiannya mengundang kemarahan sebilangan besar ahli parlimen khususnya daripada DAP yang meminta Ibrahim menarik balik kata-katanya itu kerana membawa maksud menghina.

"Beliau kena tarik balik kerana telah menghina Orang Kurang Upaya (OKU),"kata Ahli Parlimen Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Azmin Ali (KeADILan-Gombak) juga turut kesal dan menggesa supaya ahli parlimen tidak mengeluarkan kenyataan atau hujah yang tidak menunjukkan sikap dan kenyataan sebenar seorang ahli parlimen (unparliamentary remarks).

"Ala... Yang Berhormat pun biasa hina orang, sesekali kena hina apa salahnya," kata Ibrahim Ali membalas.

Dalam pada itu Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek dilaporkan kecewa dengan sikap ahli parlimen yang ditunjukkan pada hari ini memandangkan sesi 30 minit pertama telah ditayangkan secara langsung oleh RTM ke seluruh negara.

"Saya sangat kecewa...," kata Shabery yang menganggap seolah-olah siaran langsung ini 'disalahgunakan' oleh para Ahli Parlimen. more...

1 comments:

mangchikla said...

Macam peangai anak aku je, isk

Posting terkini

Blog Archive