KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 6, 2008

Demo BABI boleh .... demo MINYAK tak boleh?

Lagi demo bantah harga minyak
malaysiakini - [...] Satu lagi demonstrasi kecil membantah kenaikan mendadak minyak diadakan di hadapan sebuah masjid di Taman Dato' Harun, Petaling Jaya sejurus selepas solat Jumaat hari ini.

petrol price hike protest kg dato harun 060608 09Demonstrasi aman itu - keempat diadakan seluruh negara sejak semalam - yang dianjurkan oleh Angkatan Muda (AMK) PKR bahagian Petaling Jaya Selatan (PJ selatan) disertai lebih kurang 50 orang.

Ia disertai ahli parlimen PJ selatan, Hee Loy Sian, timbalan ketua bahagian tersebut Shariffudin Budin dan wakil AMK bahagian Mahhrul Ismail.

Demonstrasi lebih kurang 15 minit bermula 2 petang, sejurus orang ramai selesai menunaikan solat, turut menarik perhatian ahli kariah dan pengguna jalan raya. Kira-kira 60 orang lagi menyaksikan... selanjutnya.
dan ini pula kata polis .....
Demonstrasi: Polis beri amaran
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Ismail Omar dalam kenyataan hari ini berkata berdasarkan maklumat hasil risikan polis, terdapat beberapa pihak sedang merancang mengadakan siri demonstrasi di beberapa lokasi seluruh negara.

"Tujuan demonstrasi ialah untuk membantah kenaikan harga petrol dan diesel. Di sini saya ingin menegaskan sebarang perhimpunan perlu mendapatkan permit daripada Ketua Polis Daerah.

"Menyertai perhimpunan tanpa permit adalah salah dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius ke atas mereka," katanya sambil meminta kerjasama orang ramai bagi memastikan ketenteraman awam terus terjamin.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata polis turut mendapat maklumat bahawa beberapa kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perhimpunan "berjaga malam" di hadapan Kem Tahanan Kamunting, Perak, malam esok bagi mendesak pembebasan semua tahanan ISA serta pemansuhan akta itu. - malaysiakini


No2umnO - demo BABI boleh .....demo minyak tak boleh?

1 comments:

rasaBijak said...

salam wak,

demo babi tu buleh jalan sebab bilangan reporter lebih ramai dari bilangan pen-demo..

heheh

Posting terkini

Blog Archive