klpos - [...] Ketua Pemudanya, Salahuddin Ayub berkata, rakyat seluruh negara perlu membuktikan bantahan tersebut dengan menghadiri demonstrasi yang akan diadakan minggu depan di Kuala Lumpur.
Menurut beliau, penindasan terbaru kerajaan BN itu mesti dibantah oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian menyelar sikap Perdana Menteri yang mengingatkan rakyat supaya jangan berdemonstrasi kerana kerajaan tetap memberi subsidi minyak sebanyak 0.30 sen.
"Apakah PM tidak sedar himpitan hidup rakyat boleh menyebabkan mereka melakukan apa saja dan tidak mustahil kadar jenayah akan meningkat seperti kes kecurian, ragut, rasuah dan sebagainya," tegas beliau.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 minute ago
2 comments:
malaysia ni macam ada ciri2 negara komunis...tak boleh tunjukkan perasaan anda....hanya boleh tunjukkan perasan anda aje!
Demontrasi tetap demontrasi, ini usaha kita, ini bukan isu politik, bukan isu Pakatan Rakyat atau BN, ini isu RAKYAT... rakyat yang memilih pemimpin untuk mentadbir, rakyat membayar gaji pemimpin, rakyat bos kepada pemimpin, pemimpin wajib mengikut arahan rakyat bukan sebaliknya. Pemimpin perlu dimerdekakan minda akan hakikat itu. Rakyat mengamanahkan negara kepada pemimpin untuk kesejahteraan rakyat bukan untuk memewahkan pemimpin.
Dalam usaha dengan berdemontrasi, alangkah baiknya dijemput juga saudara-saudara kita memenuhi setiap padang dan stadium bersolat hajat sekaligus memanjat doa, doa rakyat yang teranaiya, rakyat yang tertindas, rakyat yang dizalimi kehadrat ALLAH S.W.T. Dan kita lihat apakah akan ada tembakan gas pemedih mata, akan adakah semburan air asid yang akan membasahi sujud kita.
Post a Comment