KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 23, 2008

DAP tak pernah tipu PAS



normanfernandez | DAP tidak pernah tipu PAS. Begitulah pengakuan Tuan Guru Nik Aziz semasa ditemubual akhbar Siasah. Apabila ditanya Siasah bagaimana Pas boleh berbaik dengan DAP sedangkan dengan UMNO tidak, Tuan Guru Nik Aziz menyatakan :-

"DAP tidak pernah tipu kami, semasa dia hendak keluar dalam pakatan Gagasan Rakyat sebelum ini mereka memberitahu dengan terbuka. Biar pun DAP keluar dari gagasan tetapi tidak macam PAS keluar dari BN sehingga pecah tiga parti itu.
Umno bawa PAS masuk dalam Barisan Nasional maka kami setuju, kemudian apabila sudah tidak perlukan lagi dia tendang kami keluar."
(Sila baca Siasah edisi 20 - 26 Julai).
Semoga PAS mengambil iktibar daripada kenyataan Tuan Guru.

Semalam suratkhabar-suratkhabar tempatan memaparkan pendedahan Perdana Mentari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengaku bahawa yang UMNO dan PAS telah bertemu sebanyak tiga kali untuk berbincang berkenaan dengan hal kepentingan bersama.... selanjutnya.

no2umno - Adui mak ...... satu penghinaan kepada UMNO. Hina ... memang hina.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sabda Rasulullah saw mengenai Khawarij:

"Mereka suka membunuh (mengahcurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya. Pent.) tetapi mereka membiarkan ahli berhala (orang-orang yang benar-benar jelas kekafirannya)"

Antara ciri khas Khawarij adalah Memerangi pemerintah yang sudah dipilih. Keras terhadap Muslimin dan berlembut dengan kafir.

Beringgat-ingatlah... UMNO itu Melayu Islam. Jangan kafir mengafir, fasik memasik, kufur mengufur tanpa bukti kukuh takut menempelak balik kat kita... Ini yang bahaya!

Carilah perpaduan. Firman Allah dalam surah Al- Hujuraat ayat 10 yang bermaksud: ''Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Allahualam bissawab..

Anonymous said...

Islam bukan terletak pada IC. Pada iman. Cakap Islam tapi perangai cam Yahudi, nak buat ape? Pegi tarbiah Pak Lah tu

Posting terkini

Blog Archive