Ye ye ye ... jom kita ke sana. Siapkan kemah masing masing. Duit belanja. Duit rasuah !!! .... oppppssss.Kedah kemungkinan menyaksikan pilihan raya kecil, yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, berikutan keputusan mahkamah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim muflis.
Timbalan Pendaftar Najwa Che Mat telah mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis 3 November lalu.
Syed Sobri dikatakan gagal menjelaskan hutang bank berjumlah RM100,000.
Bagaimanapun Syed Sobri telah mengemukakan rayuan dan permohonannya akan didengar pada 1 Disember ini.
Beliau enggan mengulas apa-apa mengenainya.Sumber-sumber Barisan Nasional (BN) pula memberitahu kes tersebut telah diselesaikan bagi mengelakkan pilihan raya kecil.
Pada 8 Mac lalu, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan kelebihan 805 undi.... selanjutnya.
Nov 13, 2008
ADUN Kuala Nerang muflis ... jom pilihanraya
Labels: Pilihanraya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Nak habiskan duit rakyat jer, tak ada kerja lain ke?
Post a Comment